Latihan Kawad Kebakaran, 2013

20 Mac 2013 : SMK Dato' Penggawa Barat telah menganjurkan latihan pencegahan kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba  Pontian pada tengah hari Selasa 19 Mac 2013. Seluruh warga sekolah, guru, staf dan pelajar bersama-sama menyertai latihan ini.

Antara matlamat program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran dan cara-cara menangani kejadian tersebut dengan latihan praktikal seperti menggunakan alat pemadam api dan cara menyelamatkan diri tatkala kejadian. Beberapa simulasi kebakaran telah diadakan oleh pegawai Bomba yang terlibat bagi pendedahan dan pengalaman secara terus kepada semua yang mengikuti latihan tersebut. Pihak Bomba juga telah menunjukkan cara-cara menyelamat mangsa kebakaran.
Rata rata kesemua yang hadir telah menunjukkan kepekaan dan keprihatinan dan merasakan pengalaman dan ilmu yang ditimba amat berguna bukan sahaja semasa di sekolah malah di hari mendatang juga.
Pihak sekolah mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak Bomba Pontian kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pihak sekolah.