23 Feb 2013 : Tanggal 27 Rejab Tahun Hijrah. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Sabda Rasullullah s.a.w : "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" An-Nasai & Ibnu Hibban.
Bertemakan "WASATIYYAH TUNGGAK KESATUAN UMMAH” menjadikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H berjalan dengan jayanya. Majlis tersebut telah diadakan pada 23 Februari 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Majlis telah dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan perarakan warga sekolah dari Asrama mengelilingi Dewan Seri Gemilang. Majlis juga telah dimulai dengan persembahan berunsur keagamaan seperti Nasyid, bacaan Al Qur'an, Qasidah dan berzanji. Majlis Sambutan Maulidur Rasul merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Panel jemputan yang telah menyampaikan ceramah Maulidur Rasul pada tahun ini ialah Al-Fadli Ustaz Hanafi bin Abd Hamid, Guru Agama SM Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Tahniah & syabas diucapkan kepada Adik Muhammad Muhibbuddin & Adik Wafa Raihana bt Rosman, keduanya dari kelas 5 Anggerik kerana telah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul bagi Tahun 2013.