Satu Lagi Keratan Akhbar Memperakui SMKDPB Sekolah Kluster Kecemerlangan

Untuk paparan lebih jelas sila klik pada imej.

SENARAI 30 SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN BAHARU SEBAGAIMANA DIISYTIHARKAN OLEH KPPM PADA 22 APRIL 2011


KATEGORI SEKOLAH MENENGAH :
1. SM TEKNIK JOHOR BAHRU
2. SBP INTEGRASI GOPENG, PERAK
3. SM SAINS SABAH
4. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM, SELANGOR
5. SMAP LABU, NEGERI SEMBILAN
6. SM SAINS JOHOR, KLUANG
7. SM SAINS TUANKU JAAFAR, N.SEMBILAN
8. SBP INTEGRASI JEMPOL
9. SMK CONVENT GREEN LANE, PULAU PINANG
10. SMJK KEAT HWA, KEDAH
11. SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI, SELANGOR
12. SM ISMAIL PETRA, KELANTAN
13. SMK DATO’ PENGGAWA BARAT, JOHOR
14. SMK SERI PEKAN, PAHANG
15. SMK SERI KUANTAN, PAHANG
16. SMK SERI BINTANG UTARA, KUALA LUMPUR
17. SMK AGAMA LATI, KELANTAN
18. SMK CONVENT, TAIPING
19. SMK INFANT JESUS COVENT, MELAKA

KATEGORI SEKOLAH RENDAH :
1. SK AGAMA MIRI
2. SK SERI AMPANG, PERAK
3. SK SERI WAKAF BARU, KELANTAN
4. SK PAYA RUMPUT, MELAKA
5. SK ST ANNE, LABUAN
6. SK TAMAN MEGAH, SELANGOR
7. SK TENGKU MAHMUD, TRENGGANU
8. SJKC JALAN DAVIDSON, KUALA LUMPUR
9. SJKT LADANG PAMOL, JOHOR
10. SK PERANCANGAN RANAU, SABAH
11. SK MANTOB, SABAH

Program Pembangunan Staf pada 3hb Mei 2011

Makluman kepada semua guru SMKDPB;

Perkara : Ceramah Intergriti
Tajuk : Intergriti Dalam Perkhidmatan Pendidikan (Guru)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Kuliah 'Wadah Informasi'

Penceramah :
Pn.Hjh.Fadzilah bt.Karjah
Ketua Unit,
Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas)
SPRM Johor.
Tingkat 9, Blok B, Wisma Persekutuan
Peti Surat 6000,
Jalan Ayer Molek,
80730, Johor Bahru, Johor



Kejohanan Bola Tampar MSSD Pontian


SMK Dato'Penggawa barat berjaya meningkatkan kedudukan kepada Naib Johan Kumpulan B di dalam Kejohanan Bola Tampar peringkat daerah Pontian MSSD yang telah berlansung pada 12 hingga 14 April 2011 di SMK Teluk Kerang.

30 Sekolah Diiktiraf Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 4, 2011

PUTRAJAYA - Sebanyak 30 buah diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan dalam satu majlis pengiktirafan di sini hari ini.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Sains Sabah, Sekolah Menengah Sains Johor, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping, Perak.

Sekolah rendah yang mendapat pengiktirafan tersebut pula ialah Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Perak, Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka, Sekolah Kebangsaan Agama Miri, Sarawak, Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Mantob, Sabah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pengiktirafan tersebut sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di negara ini.

“Apa yang dirancang oleh kementerian melalui pengiktirafan ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan minda kelas pertama menjelang tahun 2020.

“sekolah kluster kecemerlangan bukan sahaja cemerlang dalam pengurusan dan pencapaian sekolah tetapi ia mempunyai kebitaraan akademik dan kokurikulum yang berupaya mewatakkan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pengiktirafan sekolah kluster kecemerlangan Fasa 4 bagi tahun 2011 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd. Ghafar berkata, bilangan sekolah kluster kecemerlangan di negara ini akan bertambah kepada 300 buah menjelang tahun 2015.

Menurutnya, bilangan sekolah kluster kecemerlangan yang ada pada waktu ini ialah sebanyak 124 buah termasuk dikawasan luar bandar dan pihaknya optimis dapat mencapai jangkaan tersebut.

Tambahnya, pengiktirafan sebagai sekolah kluster kecemerlangan juga memastikan sekolah luar bandar tidak tercicir dariapda menerima faedah pembangunan pendidikan di negara ini.

23 April 2011 : Bicara Buku berjudul "Resipi Kejayaan" Pengarang: Ahmad Fadzli Yusof

Pengiktirafan Sekolah Kecemerlangan Kluster (SKK) : Petikan Mutakhir Berita Harian 22 April 2011 dan KOSMO 23 April 2011



Sila klik imej untuk paparan yang jelas.

Program Modul Pembangunan Sahsiah pada 22 Apr 2011

Pendidikan secara keseluruhannya ialah suatu proses mereka bentuk kebolehan dan sikap manusia. Proses ini berlaku membolehkan seseorang individu memperoleh keyakinan dan pertumbuhan kendiri. Dalam mengejar cita-cita pelajar akan berusaha memperbaiki diri dalam pelajaran dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dalam peredaran usia yang meningkat dewasa. Ini bertujuan bagi menyediakan diri mereka dalam menghadapi cabaran masa
akan datang sama ada sebagai pemimpin, pekerja swasta ataupun sebagai seorang usahawan. Bagi menyediakan diri ke arah ini mereka  akan memohon memasuki ke universiti selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam yang sedia ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran seperti SPM dan STPM. Sesebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang dijalankan secara terancang dan sistematik terhadap perkembangan jasmani dan rohani bagi tujuan melengkapkan kehidupan seseorang dengan sempurna.Para pelajar merupakan aset yang amat berharga bagi kecemerlangan negara pada masa akan datang. Keupayaan mereka mengimbangi pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara.  Modul Program Pembangunan Sahsiah pelajar-pelajar SMK Dato'Penggawa Barat ini dibina berdasarkan model Drum (1981) yang menekankan tiga unsur asas pendekatan perancangan pendidikan secara bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Nasianal.

Keputusan Kemasukan ke Tingkatan 6 Ambilan 2011

Keputusan kemasukan ke tingkatan enam bawah tahun 2011 boleh disemak mulai 02 Mei 2011.
Keputusan boleh disemak melalui :
1. Sekolah asal semasa menduduki SPM 2010.
2. Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.emoe.gov.my
3. Kaunter Semakan akan dibuka pada 3hb & 4hb Mei 2011 bertempat di Dewan Seri   
    Gemilang,SMK Dato'Penggawa Barat mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Tarikh mula persekolahan/pendaftaran tingkatan enam adalah pada 09 Mei 2011.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan, terima kasih.

Selamat Hari Guru Ke-40 Untuk Warga SMK Dato' Penggawa Barat

 
PUTRAJAYA – Sarawak akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Guru 2011 peringkat kebangsaan pada 16 Mei ini yang bertemakan “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.

Tema Hari Guru 2011 itu dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada perhimpunan Kementerian Pelajaran di sini Selasa.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin dalam sistem pendidikan negara, warga kementerian terutama guru memikul cabaran besar yang harus digalas sepanjang masa.
“Sebagai contoh, warga guru perlu membangkitkan kesedaran, ketaatsetiaan kepada negara, memahami konsep Rukun Negara dan kesetiaan kepada kepimpinan,” katanya.
Mereka juga perlu melahirkan modal insan yang beriman, berakhlak mulia, berinterigiti, berilmu, berketrampilan dan sejahtera, kata Muhyiddin.
“Cabaran ini perlu dihadapi dengan berani. Kalau tidak, pasti kita akan berhadapan dengan masalah yang lain,” katanya.
Namun, menurut beliau, cabaran paling besar bagi warga guru dan kementerian adalah dalam usaha menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan negara dalam misi mencapai negara maju menjelang 2020.
“Kita telah melakarkan sejumlah 3.3 juta tenaga kerja baru yang kita boleh jana dalam tempoh 10 tahun akan datang,” kata Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet bagi Pembangunan Modal Insan.
“Ia harus lahir dari sistem pendidikan kita dan siapakah manusia yang hendak kita lahirkan. Kita harus dapat melahirkan sumber manusia bukan sahaja memenuhi keperluan untuk menambah ilmu pengetahuan tetapi mengisi keperluan pembangunan negara secara keseluruhan.”
Malah, katanya, setiap 12 bidang Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) memerlukan tenaga manusia yang terlatih.
“Kita tahu dalam sistem pekerjaan ketika ini 80 peratus diisi oleh anak-anak yang lulus Sijil Pelajaran Malaysia sahaja. Pastinya itu menjadi kekangan besar jika kita mahu tingkatkan kapasiti kemahiran mereka yang terbatas dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran,” katanya.
Kekangan ini jika tidak dileraikan, tidak memungkinkan Malaysia mencapai usaha untuk menjadi negara maju dalam tempoh yang singkat, kata Muhyididin. – BERNAMA

Pengiktirafan SMKDPB Sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 4, 2011


















22 April 2011 merupakan satu tarikh bermulanya era baru kerana pada tarikh ini SMKDPB diperakui sebagai sebuah Sekolah Kluster. Kami warga SMKDPB amat terharu di atas pengiktirafan ini. Semoga SMKDPB akan terus sukses, cemerlang, gemilang dan terbilang.

TARIKH : 22 APRIL 2011
HARI : JUMAAT
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : RUANG LEGAR, ARAS 6, BLOK E8, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA


SEKOLAH-SEKOLAH YANG TELAH DIPERAKUKAN AKAN MENERIMA WATIKAH PENGIKTIRAFAN DI MAJLIS TERSEBUT.

Satu Pengiktirafan Pelajar Cemerlang Ujian Sumatif 1

18 April 2011: Hari ini satu pengiktirafan telah diberikan atas kecemerlangan pelajar dalam Ujian Sumatif 1 yang telah dijalankan pada bulan Mac yang lalu.

Seramai 4 orang pelajar telah mendapat 8A, 12 orang pelajar mendapat 7A dan 9 orang pelajar mendapat 6A dalam ujian tersebut. Tahniah bagi pelajar yang berjaya.

Dalam perhimpunan kaunseling kali ini, mereka yang berjaya diberikan saguhati daripada Unit Kaunseling, manakala pelajar yang mendapat 1E, 2E dan 3E pula diminta naik ke pentas untuk membacakan ikrar dan menandatanganinya bagi memperbaiki keputusan dimasa akan datang.

Semoga usaha yang dilakukan oleh Unit Kaunseling akan memartabatkan lagi kecemerlangan SMKDPB. Kepada semua pelajar, teruskan usaha anda dan buktikan bahawa 100% pelajar boleh mencapai Perfect Score dalam PMR.

Pencapaian Berganda Sasaran YDP PIBG

16 April 2011: Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 telah dijalankan dengan jayanya. YB Datuk Wee Jeck Seng (Ahli Parlimen Tanjung Piai) telah melapangkan masa bagi merasmikannya.

Dalam mesyuarat kali ini semua ibu bapa , guru dan wakil pelajar telah membaca ikrar meningkatkan kecemerlangan dan memperolehi pencapaian berganda dengan dipimpin oleh Datuk Nasir Safar selaku YDP PIBG. Antara kandungan ucapan YDP, beliau mensasarkan pencapaian berganda bagi tahun 2011.

Sementara itu YB Datuk Wee Jeck Seng begitu kagum dengan pencapaian akademik dan kokurikulum yang sangat cemerlang. Harapan beliau semoga SMKDPB akan terus cemerlang dengan melahirkan pelajar-pelajar yang bijak pandai. Dalam ucapannya juga beliau bermurah hati untuk menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000.

Kali ini pihak AJK PIBG membawakan usul supaya pihak insuran Takaful mengkaji semula dengan memperluaskan lagi faedah-faedah yang diterima oleh pelajar seandainya pelajar mendapat kecederaan.

Mesyuarat berakhir jam 12.30 tengahari.



Sila klik pada Galeri Gambar atau di sini untuk gambar-gambar seterusnya.

Selamat Terbang Di Awan Biru En. Nabhan

15 April 2011 : Hari ini merupakan hari terakhir En. Nabhan berkhidmat sebagai Guru KGSK di SMKDPB. Beliau bertugas bermula pada 12 Februari 2011 atas tiket Guru Ganti Pn. Izyani yang kini cuti bersalin. Sepanjang beliau di sini selama lebih kurang 2 bulan, banyak sumbangan beliau terutamanya dalam aktiviti surau.
Semoga pembelajaran beliau di Mesir akan terus sukses dan cemerlang hendaknya. Insya Allah.

Suntikan HPV Pelajar Perempuan Tingakatan 1 dan 2

11 dan 12 April 2011: Pegawai Kesihatan Daerah Pontian telah hadir ke SMKDPB untuk program suntikan HPV pelajar peempuan tingkatan 1 dan 2.

Pergerakan pelajar diatur oleh penyelaras program iaitu En. Ramli Bin sulaiman. Pada 11 April semua pelajar perempuan Tingkatan 2 telah diberi suntikan sementara pelajar perempuan tingkatan 1 pula pada keesokkan harinya.

Terima kasih kepada guru penyelaras dan semua guru yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini dijalankan.

Jamuan Meraikan Atlit di Hotel Pontian

11 April 2011: Satu majlis meraiakan kejayaan atlit Balapan dan Padang MSSD 2011 telah diadakan di Hotel Pontian. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah barisan pentadbir terdiri daripada Tn.Pengetua, PK Pentadbiran, PK Kokurikulum dan PK Petang. Selain itu barisan pengurus dan jurulatih-jurulatih juga telah melapangkan waktu untuk meraikan kejayaan atlit-atlit yang telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan.

Sebagai rujukan, SMKDPB telah merangkul 4 emas, 3 perak dan 1 gangsa dengan pungutan mata sebanyak 38.5 serta menduduki tempat ke-9 daripada 15 sekolah menengah yang bertanding. Tahniah sekali lagi untuk semua atlit dan juga kepada semua yang terlibat dalam mengendalikan pasukan ini. Semoga tahun hadapan akan lebih cemerlang lagi.

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) Bertaraf 5 Bintang

Satu kejayaan lagi apabila SMKDPB telah diberi taraf SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP-KPM) bertaraf 5 bintang. Pihak Pentadbiran sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. Tahniah !!!!



Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Pontian

28-31 Mac 2011: Kejohanan Padang dan Balapan MSSD telah berlangsung dengan jayanya. Pada pengelolaan kejohanan kali ini, SMKDPB telah diamanahkan untuk melaksanakan tugasan QM bagi membantu menyediakan peralatan dan mengembalikan peralatan tersebut kepada J/k Peralatan. Semua pelajar yang terlibat disamping dapat menyumbangkan kelancaran perjalanan kejohanan tersebut, mereka juga dapat mengutip markah penglibatan dalam rekod kokurikulum mereka.

Guru-guru yang tidak terlibat secara langsung dalam kejohanan tersebut sebenarnya juga terlibat membantu dalam mengambil alih kelas-kelas ganti. Oleh yang demikian pihak pentadbiran SMKDPB mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua guru.

Bagi pencapaian atlit pula, SMKDPB telah menunjukkan peningkatannya berbanding tahun lepas dengan merangkul 4 emas, 3 perak dan 1 gangsa serta menduduki tempat yang ke-9 daripada 15 sekolah yang bertanding. Tahniah!!!

Science On Wheels di SMKDPB



1 April 2011: Satu pameran Science On Wheels di bawah Anjuran Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor telah memilih SMKDPB sebagai persinggahan bagi daerah Pontian. Program jelajah ini di bawah naungan Yang Beramat Mulia Tunku Zahrah Tunku Osman (Pengarah Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor)

Antara Jabatan-jabatan yang terlibat ialah Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Meteorologi, UKM, Petrosains, MOSTI, Perbadanan Perpustakaan Negeri Johor dan UTM.

Pameran dibuka jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Semua sekolah rendah dan menengah di daerah Pontian tidak melepaskan peluang dengan menghantar pelajar-pelajar terpilihnya untuk mengunjungi pameran berkenaan. Seramai lebih kurang 3000 orang telah membanjiri tapak pameran dan aktiviti demostrasi di Dewan Seri Gemilang.

Syabas dan tahniah kepada Panitia Sains SMKDPB kerana dapat merancang dan seterusnya mengendalikan aktiviti ini dengan jayanya. Tahniah!



Sila klik pada galeri gambar atau di sini untuk gambar seterusnya.