Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Pontian

28-31 Mac 2011: Kejohanan Padang dan Balapan MSSD telah berlangsung dengan jayanya. Pada pengelolaan kejohanan kali ini, SMKDPB telah diamanahkan untuk melaksanakan tugasan QM bagi membantu menyediakan peralatan dan mengembalikan peralatan tersebut kepada J/k Peralatan. Semua pelajar yang terlibat disamping dapat menyumbangkan kelancaran perjalanan kejohanan tersebut, mereka juga dapat mengutip markah penglibatan dalam rekod kokurikulum mereka.

Guru-guru yang tidak terlibat secara langsung dalam kejohanan tersebut sebenarnya juga terlibat membantu dalam mengambil alih kelas-kelas ganti. Oleh yang demikian pihak pentadbiran SMKDPB mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua guru.

Bagi pencapaian atlit pula, SMKDPB telah menunjukkan peningkatannya berbanding tahun lepas dengan merangkul 4 emas, 3 perak dan 1 gangsa serta menduduki tempat yang ke-9 daripada 15 sekolah yang bertanding. Tahniah!!!