Program Modul Pembangunan Sahsiah pada 22 Apr 2011

Pendidikan secara keseluruhannya ialah suatu proses mereka bentuk kebolehan dan sikap manusia. Proses ini berlaku membolehkan seseorang individu memperoleh keyakinan dan pertumbuhan kendiri. Dalam mengejar cita-cita pelajar akan berusaha memperbaiki diri dalam pelajaran dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dalam peredaran usia yang meningkat dewasa. Ini bertujuan bagi menyediakan diri mereka dalam menghadapi cabaran masa
akan datang sama ada sebagai pemimpin, pekerja swasta ataupun sebagai seorang usahawan. Bagi menyediakan diri ke arah ini mereka  akan memohon memasuki ke universiti selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam yang sedia ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran seperti SPM dan STPM. Sesebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang dijalankan secara terancang dan sistematik terhadap perkembangan jasmani dan rohani bagi tujuan melengkapkan kehidupan seseorang dengan sempurna.Para pelajar merupakan aset yang amat berharga bagi kecemerlangan negara pada masa akan datang. Keupayaan mereka mengimbangi pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara.  Modul Program Pembangunan Sahsiah pelajar-pelajar SMK Dato'Penggawa Barat ini dibina berdasarkan model Drum (1981) yang menekankan tiga unsur asas pendekatan perancangan pendidikan secara bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Nasianal.