GO JROBIK GO…..YES WE CAN!

GO JROBIK GO…..YES WE CAN!

30 Jun 2012 : Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Jrobik Bestari ‘A’ yang telah berjaya mengharumkan nama Daerah Pontian dan juga SMK Dato’ Penggawa Barat di Pertandingan Jrobik Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor 2012. Jika tahun lalu meraih kejayaan sebagai pemenang tempat ke4, kali ini pasukan JROBIK membuktikan bahawa ia mampu berada di kedudukan yang lebih baik apabila muncul NAIB JOHAN, di belakang daerah Segamat.

Pertandingan yang diadakan pada hari Sabtu, 30 Jun 2012 di Dewan Sinar Harapan, Jalan Datin Halimah itu menampilkan 10 buah pasukan mewakili 10 daerah di negeri Johor. Kemenangan ini amat bermakna sekali kepada kesemua peserta yang mengambil bahagian kerana mereka terdiri daripada individu yang sama yang mewakili sekolah ketika pertandingan peringkat negeri pada tahun 2011 yang lalu.

Dengan kemenangan ini, pasukan Jrobik SMKDPB telah berjaya membawa pulang hadiah berupa sijil, trofi dan wangtunai berjumlah RM 1500.00. Semoga pasukan Jrobik SMKDPB terus disegani dan menjadi pasukan terbaik di negeri Johor tahun hadapan!

Mesyuarat Agung Koperasi SMKDPB Kali ke -26, 2012


27 Jun 2012: Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMKDPB kali ke-26 telah diadakan di Dewan Seri Gemilang. Pada mesyuarat kali ini En. Rosdi bin Senan (Pegawai Wilayah Suruhanjaya Koperasi Malaysia) telah sudi untuk merasmikan.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menerangkan kepada semua ahli tentang kebaikan koperasi sekolah dan mengucapkan tahniah kerana menjalankan mesyuarat agung tahunan mengikut agenda yang ditetapkan.

Mesyuarat kali ini telah membentangkan aktiviti dan jualan yang telah dilakukan oleh Koperasi sekolah sepanjang tahun lepas dalam memberikan perkhidmatan kepada semua pelajar yang merupakan ahli-ahli Koperasi. Selain itu juga, penyata kewangan juga telah dibentangkan bagi pengetahuan semua ahli.


Mesyuarat ini juga telah diadakan untuk melantik Ahli Lembaga Koperasi yang baru serta pengumuman perubahan Jawatankuasa Guru bagi Koperasi Sekolah.

KEJOHANAN BALAPAN PERINGJAT SEKOLAH 2012


28 Jun 2012 :  Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-48 bertempat di padang KEJORA sekolah. Acara dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat pada jam 8.00 pagi.




Acara hari sukan diteruskan dengan perbarisan yang disertai oleh rumah-rumah sukan, dan dimeriahkan dengan barisan MPP tingkatan 6 dan pelajar-pelajar pendidikan khas.

Aturcara diteruskan dengan  acara 55 hingga 66. Setelah acara sukan tamat, aturcara Kejohanan Sukan diteruskan lagi dengan acara guru iaitu BALING BUAH DADU guru lelaki dan perempuan mewakili rumah masing-masing.











KEPUTUSAN RASMI JOHAN KESELURUHAN

BIL

RUMAH
SUKAN

KUTIPAN
PINGAT

ACARA
55-66

MATA

KEDUDUKAN

1

PANGLIMA (MERAH)

1E,6P,2G

97

115

1

2

TEMENGGUNG (BIRU)

1E,3P,4G

94

110

2

3

LAKSAMANA (HIJAU)

7E,1P,3G

68

100

3

4

BENDAHARA (KUNING)

3E,2P,3G

64

82

4
KEPUTUSAN RASMI JOHAN KATEGORI

BIL

KATEGORI

PEMENANG

RUMAH SUKAN

1

ANUGERAH KECERMELANGAN SUKAN (LELAKI)

SOFOFREEZAN BIN SAUFI

BENDAHARA

2

ANUGERAH KECERMELANGAN SUKAN (PEREMPUAN)

UMI KHALIDA BT HASAN

LAKSAMANA

3

PERBARISAN

TEMENGGUNG

TEMENGGUNG

4

HIASAN RUMAH SUKAN

PANGLIMA

PANGLIMA

5

JOHAN KESELURUHAN

PANGLIMA

PANGLIMA

PELANCARAN DAN PENGHARGAAN DOKTOR MATEMATIK 2012

Isnin 18 Jun 2012, Kebitaraan Matematik SMK Dato’ Penggawa Barat telah menganjurkan Majlis Pelancaran dan Penghargaan Program Doktor Matematik. Majlis dilancarkan oleh ayahanda Pengetua, Tuan Haji Hashim bin Mohd Dom. Majlis pelancaran program Doktor Matematik bagi tahun 2012 ini merangkap penghargaan kepada pelajar-pelajar yang dilantik sebagai Doktor –doktor Matematik tahun 2011 yang telah menyumbang tenaga kepakaran dan masa bagi membantu pelajar-pelajar lemah Matematik. Program yang merangkupi pelajar-pelajar tingkatan 2 hingga 5 ini akan dimulakan perlaksanaannya pada hari Sabtu 23 Jun 2012 dan berakhir pada bulan Oktober. Syabas kepada pelajar-pelajar Doktor Matematik.

Kursus Profesionalisme Guru Ke-4 2012

16 Jun 2012 - Kursus Profesionalisme guru Ke-4 telah diadakan pada hari ini. Seramai  115 peserta guru telah menyertai kursus tersebut. Pembentangan pertama telah disampaikan oleh En.Mohd Shaphri bin Mohd Yusof bertajuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Aktiviti diteruskan dengan LDK yang dikendalikan oleh Jurulatih PBS dalam yang telah dilantik mengikut bidang masing-masing. Kursus diakhiri dengan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh wakil khas dari Syarikat Takaful Ikhlas.

SMK Dato' Penggawa Barat 2012 Petanque Competition.

16 Jun 2012 :  Well done to everyone who turned up to play (16 teams) the SMK Patanque Competition at the rising sun 'Gelangang Petanque SMKDPB' this afternoon . It started off fairly sunny and dry but quickly got wet and windy!! Congratulations to Team Form One Students, evening season for winning the the Gold. Well done to our Falcons for winning the Cup!!! 

Petanque is played by two, four or six people in two teams, or players can compete as individuals in casual play. In the singles and doubles games each player has three boules; in triples they have only two. A coin is tossed to decide which side goes first. The starting team draws a circle on the ground which is 35-50 centimetres in diameter: all players must throw their boules from within this circle, with both feet remaining on the ground. The first player throws the jack 6–10 metres away; it must be at least one metre from the boundary.A successful p├ętanque team has players who are skilled at shooting as well as players who only point. For obvious reasons, the pointer or pointers play first – the shooter or shooters are held in reserve in case the opponents place well. In placing, a boule in front of the jack has much higher value than one at the same distance behind the jack, because intentional or accidental pushing of a front boule generally improves its position.A team captain, in an idealized game, requires his pointer to place a boule reasonably close in approach to the jack (paradoxically, in competition, the first pointer sometimes aims not to get so close to the jack that the opponents will inevitably shoot their boule immediately). They then visualize an imaginary circle with the jack as its centre and the jack-boule distance as radius and defend that circle by any legitimate means.

Tahniah : Tempat Ke-3 Permainan Dalaman SAHIBBA, Peringkat Kebangsaan















15 Jun 2012 : Tahniah diucapkan kepada adik Nurul Najiha bt. Bakar tingkatan 1 Dahlia, kerana telah mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat ke-3 dalam Permainan Dalaman (Indoor Games) SAHIBBA, peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 13 Jun 2012 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Adik Nurul Najiha telah menerima hadiah berupa wang tunai sejumlah RM400, Set Permainan Congkak dari Syarikat Permainan Malaysia, pingat dan sijil penghargaan dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Fuad Zarkasyi , Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Semoga adik Nurul Najiha akan mewakili negeri Johor lagi dan mendapat Johan pada tahun hadapan. Tahniah dan syabas.

Program Motivasi Perdana 2012

14 Jun 2012 : Program Motivasi Perdana 2012 telah diadakan mulai 7.30 pagi bagi pelajar-pelajar arus perdana sesi pagi. Cermah ini telah disampaikan oleh En.Ong Boo Siong, Pakar Motivasi Bebas. Menurut Mc. Donald, yang dikutip Oemar Hamalik (2003:158) motivasi adalah perubahan energi dalam diri seseorang yang ditandai dengan timbulnya perasaan dan reaksi untuk mencapai tujuan. Dengan pengertian ini, dapat dikatakan bahwa motivasi adalah sesuatu yang kompleks.

Motivasi akan menyebabkan terjadinya suatu perubahan energi yang ada pada diri manusia, sehingga akan bergayut dengan persoalan gejala kejiwaan, perasaan dan juga emosi, untuk kemudian bertindak atau melakukan sesuatu.
Dalam A.M. Sardiman (2005:75) motivasi belajar dapat juga diartikan sebagai serangkaian usaha untuk menyediakan kondisi-kondisi tertentu, sehingga seseorang mau dan ingin melakukan sesuatu, dan bila ia tidak suka, maka akan berusaha untuk meniadakan atau mengelak perasaan tidak suka itu.

 Pengajaran yang diperoleh dari program tersebut :
  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
  2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
  3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
  5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
  6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
  7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
  8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
  9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
  10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
  11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
  12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
  13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  15. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
  16. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
  17. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
  18. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
  19. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
  20. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Sumber dipetik daripada : http://belajarpsikologi.com/pengertian-motivasi-belajar/ 
 & http://cisdel.com/2011/05/23/20-mutiara-kata-dan-ayat-ayat-motivasi-yang-menarik/

Pencalonan "New Deal" SMKDPB 2011

11 Jun 2012: Seramai 4 ahli jemaah nazir persekutuan dan negeri Johor telah hadir ke SMKDPB untuk membuat penilaian bagi pencalonan "New Deal" atau Tawaran Baru bagi tahun 2011.

Pencalonan ini merupakan hasil daripada SKPM tahun 2011 yang cemerlang disamping pencapaian gemilang dalam PMR, SPM dan STPM serta pencapaian bidang kokurikulum.

Tawaran Baru merupakan suatu usaha baru Kerajaan bagi memberi insentif kewangan kepada Pengetua dan Guru Besar yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang cemerlang melebihi sasaran yang ditetapkan berdasarkan kepada Penilaian Berasaskan Pencapaian (Performance Based Assessment).

Menurut tuan pengetua, beliau amat terharu dengan komitmen guru dan kakitangan sekolah sepanjang tahun 2011 sehingga membolehkan SMKDPB tersenarai dalam pencalonan untuk New Deal kali ini. Kerjasama yang baik ini mesti dikekalkan bbagi menjamin SMKDPB terus berada ditahap yang gemilang.


11 Jun 2012 : Tahniah dan syabas kepada adik Nur Hanani bt Hanafiah 4 Anggerik dan adik Mohd Wafiq bin Mohd Noh 2 Pendidikan Khas di atas ulasan buku mingguan yang telah disampaikan. Semoga bahan maklumat dan pengajaran yang diberikan oleh mereka dapat meningkatkan pengetahuan kita khususnya kepada pelajar-pelajar yang lain.

Malaysia Book Of Record






SMK Dato Penggawa Barat Pontian Johor telah berjaya mencipta satu sejarah sekali lagi apabila terpilih untuk menyertai JROBIKTHON iaitu satu program peringkat kebangsaan pada 20 Mei 2012 yang lalu. Program ini telah dijalankan di perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru. Pasukan SMKDPB yang dianggotai oleh seramai 37 orang pelajar dan seorang guru telah berjaya merealisasikan impian melaksanakan senaman jrobik tanpa henti selama 26 jam telah beraksi tepat jam 8.20 pagi pada 20 Mei 2012 dan menamatkannya sejam kemudian.

Apa yang membanggakan, kontigen SMKDPB merupakan antara pasukan yang teramai dan telah mendapat pujian kerana aksi yang mantap dan sorakan yang konsisten dari awal hingga akhir persembahan.Seperkara lagi,pencapaian ini juga telah direkodkan dalam “Malaysia Book Of Record”.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan JROBIK SMKDPB kerana mengharumkan nama sekolah ke peringkat kebangsaan.