Malaysia Book Of Record






SMK Dato Penggawa Barat Pontian Johor telah berjaya mencipta satu sejarah sekali lagi apabila terpilih untuk menyertai JROBIKTHON iaitu satu program peringkat kebangsaan pada 20 Mei 2012 yang lalu. Program ini telah dijalankan di perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru. Pasukan SMKDPB yang dianggotai oleh seramai 37 orang pelajar dan seorang guru telah berjaya merealisasikan impian melaksanakan senaman jrobik tanpa henti selama 26 jam telah beraksi tepat jam 8.20 pagi pada 20 Mei 2012 dan menamatkannya sejam kemudian.

Apa yang membanggakan, kontigen SMKDPB merupakan antara pasukan yang teramai dan telah mendapat pujian kerana aksi yang mantap dan sorakan yang konsisten dari awal hingga akhir persembahan.Seperkara lagi,pencapaian ini juga telah direkodkan dalam “Malaysia Book Of Record”.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan JROBIK SMKDPB kerana mengharumkan nama sekolah ke peringkat kebangsaan.