PELANCARAN DAN PENGHARGAAN DOKTOR MATEMATIK 2012

Isnin 18 Jun 2012, Kebitaraan Matematik SMK Dato’ Penggawa Barat telah menganjurkan Majlis Pelancaran dan Penghargaan Program Doktor Matematik. Majlis dilancarkan oleh ayahanda Pengetua, Tuan Haji Hashim bin Mohd Dom. Majlis pelancaran program Doktor Matematik bagi tahun 2012 ini merangkap penghargaan kepada pelajar-pelajar yang dilantik sebagai Doktor –doktor Matematik tahun 2011 yang telah menyumbang tenaga kepakaran dan masa bagi membantu pelajar-pelajar lemah Matematik. Program yang merangkupi pelajar-pelajar tingkatan 2 hingga 5 ini akan dimulakan perlaksanaannya pada hari Sabtu 23 Jun 2012 dan berakhir pada bulan Oktober. Syabas kepada pelajar-pelajar Doktor Matematik.