GO JROBIK GO…..YES WE CAN!

GO JROBIK GO…..YES WE CAN!

30 Jun 2012 : Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Jrobik Bestari ‘A’ yang telah berjaya mengharumkan nama Daerah Pontian dan juga SMK Dato’ Penggawa Barat di Pertandingan Jrobik Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor 2012. Jika tahun lalu meraih kejayaan sebagai pemenang tempat ke4, kali ini pasukan JROBIK membuktikan bahawa ia mampu berada di kedudukan yang lebih baik apabila muncul NAIB JOHAN, di belakang daerah Segamat.

Pertandingan yang diadakan pada hari Sabtu, 30 Jun 2012 di Dewan Sinar Harapan, Jalan Datin Halimah itu menampilkan 10 buah pasukan mewakili 10 daerah di negeri Johor. Kemenangan ini amat bermakna sekali kepada kesemua peserta yang mengambil bahagian kerana mereka terdiri daripada individu yang sama yang mewakili sekolah ketika pertandingan peringkat negeri pada tahun 2011 yang lalu.

Dengan kemenangan ini, pasukan Jrobik SMKDPB telah berjaya membawa pulang hadiah berupa sijil, trofi dan wangtunai berjumlah RM 1500.00. Semoga pasukan Jrobik SMKDPB terus disegani dan menjadi pasukan terbaik di negeri Johor tahun hadapan!