KONVENSYEN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2015

23-25 Nov 2015 - Konvensyen Kajian Tindakan Sekolah Berprestasi Tinggi telah berlangsung di Institut Aminudin Baki, Genting, Highlands, Pahang. Seramai 239 peserta menghadiri konvensyen ini termasuklah En Anuar bin Salleh. Konvensyen ini bertujuan mendedahkan pelbagai teknik dan cara pendidik berhadapan dengan masalah serta mengatasinya dalam konteks pendidikan dan pembelajaran. Sebanyak 20 kajian tindakan dibentangkan  manakala sebanyak 146 penyertaan kajian tindakan diterima. En Anuar telah menghantar kajian tindakan yang bertajuk 'Memartabatkan Bahasa Melayu Melalui Penulisan Karangan Menggunakan Kad PRESS Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Cemara'. 

PENGUMUMAN

KEPADA PARA PELAJAR LEPASAN SPM 2014, SIJIL SPM BOLEH DIAMBIL DI PEJABAT SEKOLAH BERMULA DARI TARIKH 23 NOVEMBER 2015 (ISNIN). WAKTU PEJABAT DAN BERPAKAIAN SOPAN. TERIMA KASIH.

SENARAI NAMA PELAJAR DAN KELAS TING.2 DAN TING. 3 UNTUK TAHUN 2016

PARA PELAJAR DAN IBU BAPA PENJAGA BOLEH MUAT TURUN  UNTUK MELIHAT SENARAI NAMA PELAJAR DAN KELAS TINGKATAN DUA DAN TINGKATAN TIGA BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2016. TERIMA KASIH.

Sila klik pautan di bawah:



JAMUAN AKHIR TAHUN KEBIRU SMKDPB 2015

15 November 2015 - Jamuan Akhir Tahun KEBIRU SMKDPB telah diadakan di Restoran Kemangi, Pontian. Jamuan ini merupakan penghargaan kepada semua guru sepanjang 2015. Tahniah kepada barisan kepimpinan KEBIRU yang diterajui oleh En Nor Hisham Abd Rashid.




















KEM PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

12-14 November 2015- Kem Pendidikan Maring Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 telah diadakan di Taman Laut, Pulau Payar, Pulau Langkawi, Kedah Darulaman. Seramai 8 orang peserta dari seluruh negeri Johor mewakili kontinjen Johor ke sana. Peserta SMKDPB iaitu Muhammad Luqman Hakim bin Md Anisak menjadi peserta tunggal SMKDPB dan beliau telah berjaya mendapat tempat KEDUA dalam pertandingan kuiz marin peringkat kebangsaan. Syabas dan tahniah!. 






KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SESI 2015 / 2016

12- 14 NOVEMBER 2015- Kursus Kepimpinan Pengawas sesi 2015/2016 telah diadakan di Politeknik Pasir Gudang. Seramai 45 orang peserta terlibat. Mereka dipilih berdasarkan tanggungjawab, komitmen dan kecemerlangan dalam pelajaran. Syabas dan tahniah!


JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2015

8 November 2015 - Jamuan akhir tahun pengawas pusat sumber SMKDPB telah diadakan di Restoran Meletop, JB. Tujun jamuan ini diadakan adalah untuk menghargai khidmat bakti para pengawas dan guru-guru pusat sumber. Jasamu dikenang.




ANUGERAH RAMBU PENGAKAP MUDA - KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA

7 November 2015 - Majlis Penganugerahan Rambu Pengakap Muda peringkat Negeri Johor telah diadakan pada hari ini sempena Majlis Penutupan Perkhemahan Ujian Lencana Muda di SMK Taman Nusajaya Gelang Patah. Seramai 25 peserta dari seluruh negeri Johor terlibat dan 2 orang  wakil SMKDPB yang layak menerimanya. Pelajar tersebut ialah Muhammad Ariff Helmi dan Nursyaidatul Adlin. Mereka menerima Rambu Hijau dan Sijil Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Rambu dan sijil disampaikan oleh Tn Hj Yaacob bin A.Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Tahniah diucapkan.








PERKHEMAHAN PENGAKAP UJIAN LENCANA MAJU PERINGKAT NEGERI JOHOR.

5-7 NOVEMBER 2015 - Perkhemahan Ujian Lencana Maju Pengakap Peringkat Negeri Johor telah diadakan di SMK Taman Nusajaya, Gelang Patah, Johor. Seramai 13 orang peserta mengikuti program ini. Dalam pertandingan yang diadakan SMKDPB telah membawa pulang 2 Emas, 6 Perak dan 5 Gangsa. Pingat Emas disumbangkan oleh Ahmed Shukor bin Jalaludin dan Nurul Hazwani binti Mad Shah. Tahniah diucapkan.










JUARA KESELURUHAN LOMPAT TALI

7 NOVEMBER 2015 - Pasukan lompat tali SMKDPB telah menyertai pertandingan lompat tali peringkat negeri Johor dan telah muncul sebagai johan keseluruhan. Pasukan ini membawa pulang 3 Emas dalam acara Master Relay dan 1 Gangsa dalam acara Irama. Tahniah diucapkan.

PENGURUSAN JENAZAH 2015










2 NOV 2015 – Satu kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan pada pagi ini melibatkan para pelajar muslim. Program ini merupakan satu program pasca PT3. Pelajar dilatih secara teori dan amali untuk menguruskan jenazah. Semoga pengalaman dan pengetahuan ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar.

LAWATAN MUHIBAH 2015


2 NOV 2015 - Lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Terencat Akal, Johor Bahru dan Rumah Orang Tua Bina Kasih, Kulai telah disertai seramai 31 orang pelajar dan diiringi oleh Cik Leng Soa Ya dan Pn Hjh Zaiton binti Hitam. Lawatan ini merupakan salah satu program pasca PT3. Objektif utama untuk merapatkan hubungan antara para pelajar dengan kanak-kanak istimewa dan warga emas. Sedikit sumbangan juga telah diberikan kepada mereka.











SOLAT HAJAT KHUSUS SPM 2015

31.10.2015 – Majlis Solat Hajat khusus untuk calon-calon SPM 2015 telah diadakan di Surau Nur Hidayah pada pagi ini. Disertai hampir 160 orang terdiri daripada para pelajar, ibu bapa, penjaga, dan juga guru-guru. Semoga apa yang kita hajati akan dimakbul Allah jua. Amin,











JAMUAN AKHIR TAHUN TINGKATAN LIMA - 2015


28 Oktober 2015- Jamuan Akhir Tahun dan Jamuan Perpisahan pelajar-pelajar Tingkatan Lima telah diadakan di Dewan Seri Gemilang.  Jamuan sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar dan guru-guru yang membantu melonjakkan nama sekolah di puncak jaya.