PERTANDINGAN SILAT REMAJA KEBANGSAAN 2020

27-29 Februari 2020 Pertandingan Silat Remaja Kebangsaan Pemilihan Johor 2020 telah diadakan di SMKTun Ismail Parit Raja,Batu Pahat.Tahniah diucapkan kepada Muhammad Afif Izhar Bin Adzmi 5MA kerana telah meraih tempat ketiga bagi kategori Kelas H Putra.



KEM KEPIMPINAN AJK ASRAMA SDPB - GENIUS SYMPOSIUM 2.0

27 - 29 Februari 2020 -  Bertempat di D'cabin Gunung Pulai telah diadakan Kem Kepimpinan AJK Asrama SMKDPB. Program anjuran pihak asrama dengan kerjasama Unit BImbingan dan Kaunseling SMKDPB. Tujuannya melatih dan menyerlahkan bakat kepimpinan dalam kalangan anak-anak asrama. Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB.






KEM KEMAHIRAN PENGAKAP LAUT SIRI 1 PERINGKAT NEGERI JOHOR

20-22 Februari 2020 - Kem Kemahiran Pengakap Laut Siri 1/2020 yang telah berlangsung pada 20-22 Februari 2020 di SK Kongkong Laut, Pasir Gudang Johor. Seramai 35 orang ahli pengakap laut SMKDPB bersama-sama Cikgu Mohd Zaid bin Man telah menyertai perkhemahan ini. Seramai 13 orang ahli mendapat Sijil Pencapaian Emas, 16 Perak dan 6 Gangsa. Tahniah diucapkan!

 






PERKHEMAHAN HARI PENGASAS 2020

21-22 Februari 2020 - Perkhemahan Hari Pengasas pengakap telah diadakan di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Seramai 25 orang ahli pengakap bersama-sama Cikgu Anuar dan Cikgu Suhi telah menyertainya. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan sempena memperingati pengasas pengakap iaitu Lord Baden Powell.


KONVENSYEN TUNAS NIAGA PERINGKAT NASIONAL 2020

12-16 Februari 2020 - Syarikat Zadalias SMKDPB telah terpilih mewakili Kelas Rancangan Usahawan (KRU) negeri Johor untuk mengadakan pameran syarikat dan produk di Konvensyen Tunas Niaga Peringkat Nasional di Universiti Malaysia Perlis. Melalui program ini Syarikat Zadalias telah berjaya membina jalinan dan jaringan perniagaan dengan syarikat KRU dan Protune seluruh Malaysia bagi meluaskan pasaran produk yang dihasilkan oleh Syarikat Zadalias. Aktiviti lain yang telah disertai oleh pelajar sepanjang konvensyen ini ialah Seminar Motivasi oleh Dato' Arif Perkasa Prof Madya Dr Asri bin Zainal Abidin, Seminar Keusahawanan oleh Dato' Zulfikri Osman, Seminar Ekonomi oleh Dato' Seri Dr Noor Azlan Ghazali dan seminar bersama ikon muda usahawan iaitu Cik B dan Dato’ Sei Vida. Daksina Pineapple Juice , Sos Cili Nanas Zadalias dan Cookies Nanas Zadalias antara produk yang paling mendapat sambutan .Untuk tempahan sila hubungi CEO Syarikat Ezad Hamizi bin Alias, / Pengurus Operasi Intan Mustika Murni bt Mohd Zaini di ig@zadalias. kredit kepada semua yang membantu Johor Corporation, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Alor Bukit Pine Trading Pine Food Enterprise Zarossa Enterprise dan pengetua SMKDPB serta  ibu bapa 5 Raflesia









BOLA TAMPAR MSSD

12 Februari 2020- Pasukan Bola Tampar Perempuan B18 SDPB telah berjaya mara hingga ke peringkat suku akhir pada Kejohanan Bolatampar B18 MSSD Pontian 2020 bertempat di SMK Telok Kerang pada 9 Februari 2020.
Sekalung penghargaan kepada guru-guru dan pemain-pemain yang telah berusaha sebaik-sebaik mungkin.


JOHAN HOKI MSSD PONTIAN 2020

11 Februari 2020 - Kontinjen Hoki SDPB Menjuarai telah berjaya menggondol gelaran Johan Keseluruhan Kejohanan Hoki B18 Pontian 2020 setelah pasukan hoki Lelaki B18 Tahun SDPB Penggawa Hawkeyers muncul Johan dan pasukan hoki Perempuan B18 Tahun SDPB Penggawa Hawkeyers pula telah berjaya merangkul tempat ke-3!
Sepanjang kejohanan tersebut berlangsung, pasukan hoki Lelaki B18 Tahun SDPB Penggawa Hawkeyers juga telah menjaringkan sebanyak 16 gol tanpa dibolosi sebarang gol.
Hoki SDPB jelas menguasai sukan hoki daerah Pontian buat kesekian kalinya.

Sekalung ucapan tahniah kepada para guru dan pelajar yang terlibat!





NAIB JOHAN BADMINTON MSSD 2020 KATEGORI P18

6 Februari 2020 - Tahniah kepada Tew Rui En yang telah muncul Naib Juara Kejohanan Badminton MSSD Pontian kategori P18. Sekalung tahniah juga kepada semua guru penasihat Kelab Badminton SDPB.
SDPB Menjuarai!


CAKNA PENGETUA

6 Februari 2020 - Program Cakna Pengetua untuk para calon SPM SDPB 2020 Matematik Tambahan telah diadakan pada hari ini. Objektif program adalah untuk memberikan sebarang sokongan yang diperlukan demi kecemerlangan mereka di dalam subjek ini.


KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN SMKDPB 2020

4 Februari 2020 - Kejohanan Sukan Balapan dan Padang SDPB Kali ke-56 Tahun 2020 telah disempurnakan dengan jayanya hari ini.
Kejohanan yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn Hj Zulkifly bin Tasrep selaku Pengerusi Yayasan Harapan Pontian ini telah berlangsung di  SMK Tan Sri Osman Mohd Saat, Pontian.
SDPB ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada Yang Berbahagia Tn Hj Zulkifly bin Tasrep atas kesudian beliau merasmikan kejohanan yang istimewa pada tahun ini.

SDPB Menjuarai!

  







TEMPAT KETIGA BOLA JARING MSSD PONTIAN 2020

4 Februari 2020 - Kejohanan Bola Jaring MSSD Pontian telah dianjurkan di SJKC Yu Ming, Pekan Nanas. Pasukan bola jaring  bawah 15 tahun berjaya mendapat tempat ketiga dalam kejohanan ini. Syabas dan tahniah.

JOHAN MEMANAH 2020

3-4 Februari 2020- Kejohanan memanah MSSD  telah diadakan di SMK Mohd Yunus Sulaiman, Pekan Nanas. Berikut merupakan keputusan keseluruhan selama 2 hari pasukan memanah bertarung di pentas MSSD.


P18 Amni - Emas
P18 Iman Khadija -  Gangsa
P15 Syazwani - Perak
L15 Azhan - Gangsa

L15 Azhan -Gangsa keseluruhan individu
P15 Syazwani - Perak keseluruhan individu
L18 Imran - Perak keseluruhan individu
P18 Iman Khadija - keempat  keseluruhan individu
P18 Amni - Emas keseluruhan individu

L18 Imran - Emas individu

L18 Imran - Emas olimpik individu
P18 Amni - Perak olimpik individu
P18 Iman Khadija - Gangsa olimpik individu
P15 syazwani perak olimpik individu

L18 Gangsa berkumpulan Olimpik
P18 Perak berkumpulan olimpik
L15 Keempat berkumpulan olimpik
P15 Gangsa berkumpulan olimpik