PERKHEMAHAN HARI PENGASAS 2020

21-22 Februari 2020 - Perkhemahan Hari Pengasas pengakap telah diadakan di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Seramai 25 orang ahli pengakap bersama-sama Cikgu Anuar dan Cikgu Suhi telah menyertainya. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan sempena memperingati pengasas pengakap iaitu Lord Baden Powell.