KONVENSYEN TUNAS NIAGA PERINGKAT NASIONAL 2020

12-16 Februari 2020 - Syarikat Zadalias SMKDPB telah terpilih mewakili Kelas Rancangan Usahawan (KRU) negeri Johor untuk mengadakan pameran syarikat dan produk di Konvensyen Tunas Niaga Peringkat Nasional di Universiti Malaysia Perlis. Melalui program ini Syarikat Zadalias telah berjaya membina jalinan dan jaringan perniagaan dengan syarikat KRU dan Protune seluruh Malaysia bagi meluaskan pasaran produk yang dihasilkan oleh Syarikat Zadalias. Aktiviti lain yang telah disertai oleh pelajar sepanjang konvensyen ini ialah Seminar Motivasi oleh Dato' Arif Perkasa Prof Madya Dr Asri bin Zainal Abidin, Seminar Keusahawanan oleh Dato' Zulfikri Osman, Seminar Ekonomi oleh Dato' Seri Dr Noor Azlan Ghazali dan seminar bersama ikon muda usahawan iaitu Cik B dan Dato’ Sei Vida. Daksina Pineapple Juice , Sos Cili Nanas Zadalias dan Cookies Nanas Zadalias antara produk yang paling mendapat sambutan .Untuk tempahan sila hubungi CEO Syarikat Ezad Hamizi bin Alias, / Pengurus Operasi Intan Mustika Murni bt Mohd Zaini di ig@zadalias. kredit kepada semua yang membantu Johor Corporation, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Alor Bukit Pine Trading Pine Food Enterprise Zarossa Enterprise dan pengetua SMKDPB serta  ibu bapa 5 Raflesia