TAKLIMAT " KAMI BENCI ZINA"

29 Sept 2016 - Program anjuran bersama Unit Kaunseling dan Pejabat Agama Daerah Pontian telah diadakan pada pagi ini. Program yang berobjektif supaya para pelajar didedahkan tentang perkara dan perlakuan yang mendekati zina. Diharap juga pelajar dapat membenci dan menjauhi perkara yang terlarang.
Taklimat ini disampaikan oleh YM Ungku Mohd. Nabil bin Ungku Abd Rahman, Pegawai Nasihat Pejabat Kadi Daerah Pontian. Semoga anak-anak pelajar SMKDPB memanfaatkan segala apa yang disampaikan oleh penceramah. 

HARI KOKURIKULUM SMKDPB 2016

7-8 September 2016 Bertempat di SMKDPB hari kemuncak kokurikulum telah diadakan dengan meriahnya.Pelbagai jenis aktiviti, pertandingan, pameran dan jualan gerai diadakan. Aktiviti yang dijalankan ini bertujuan untuk mendidik para pelajar menjalankan aktiviti dan terlibat dengan aktiviti di luar bilik darjah. Pembelajaran, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dapat digunakan dalam kehidupan para pelajar.

Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh En Anwar Zamil Malham, Penolong Pegawai Daerah yang merupakan wakil rasmi Pegawai Daerah Pontian.
Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Hari Kokurikulum SMKDPB 2016.

PROGRAM PENDIDIKAN AIR SAJ 2016 - DAERAH PONTIAN

7 Sept. 2016 - Program Pendidikan Air SAJ peringkat Daerah Pontian telah diadakan di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Program yang bertujuan untuk mendidik para pelajar supaya menghargai air yang menjadi sumber utama kepada manusia telah dirasmikan oleh Tn Hj Zaidi bin Ahmad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.

Dalam pertandingan Pengucapan Awam, peserta SMKDPB iaitu adik Siti Hajar binti Mazlan telah mendapat tempat kedua. Beliau menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM150. Tahniah diucapkan.

TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN PENCAHAYAAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN NEGARA 2016 (DAERAH PONTIAN)

31 Ogos 2016 – Perhimpunan dan perarakan sambutan kemerdekaan negara Peringkat Daerah Pontian telah diadakan di Stadium Mini, Pontian pada pagi ini. Bertemakan #sehatisejiwa pelbagai lapisan masyarakat Daerah Pontian turut hadir bagi menzahirkan semangat patriotik kepada negara.

Dalam pertandingan pencahayaan bangunan sekolah SMKDPB telah mendapat tempat kedua pada tahun ini. Syabas. SDPB Menjuarai...

GUYUP MERDEKA 2016

30-31 Ogos 2016 - Sambutan Hari Kemerdekaan 2016 di mulakan sejak awal pagi bagi menyemarakkan semangat cinta akan negara dalam kalangan warga SMKDPB. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah pantomin, sajak, dan pengkisahan tokoh kemerdekaan. Pada sebelah pagi, majlis Guyup Merdeka ini diserikan dengan kedatangan YDP PIBG iaitu Tn Hj Rosli dan majlis pada waktu malam pula diserikan dengan kedatangan YDP PEWARIS.