PROGRAM PENDIDIKAN AIR SAJ 2016 - DAERAH PONTIAN

7 Sept. 2016 - Program Pendidikan Air SAJ peringkat Daerah Pontian telah diadakan di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Program yang bertujuan untuk mendidik para pelajar supaya menghargai air yang menjadi sumber utama kepada manusia telah dirasmikan oleh Tn Hj Zaidi bin Ahmad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.








Dalam pertandingan Pengucapan Awam, peserta SMKDPB iaitu adik Siti Hajar binti Mazlan telah mendapat tempat kedua. Beliau menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM150. Tahniah diucapkan.