HARI KOKURIKULUM SMKDPB 2016

7-8 September 2016 Bertempat di SMKDPB hari kemuncak kokurikulum telah diadakan dengan meriahnya.Pelbagai jenis aktiviti, pertandingan, pameran dan jualan gerai diadakan. Aktiviti yang dijalankan ini bertujuan untuk mendidik para pelajar menjalankan aktiviti dan terlibat dengan aktiviti di luar bilik darjah. Pembelajaran, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dapat digunakan dalam kehidupan para pelajar.




Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh En Anwar Zamil Malham, Penolong Pegawai Daerah yang merupakan wakil rasmi Pegawai Daerah Pontian.
Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Hari Kokurikulum SMKDPB 2016.