Jamuan Akhir Tahun Asrama "E-Gala Jardin Fe'erique" 2011

29 Oktober 2011: Satu majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama SMKDPB dengan tema "E-Gala Jardin Fe'erique" telah diadakan dengan penuh gemilang.

Secara keseluruhannya dari segi persediaan, perlaksanaan dan pengemasan dikendalikan oleh pelajar-pelajar aspura dan aspuri. Mereka telah berjaya mengendalikan dengan jayanya. Tahniah kepada semua pelajar.

Acara bermula sekitar jam 9.00 malam dengan kehadiran semua pentadbir, warden-warden asrama, penyelia asrama dan pengawal keselamatan.

Dalam ucapan rasmi En. Shapri (PK Pentadbiran) selaku wakil rasmi Tn. pengetua mengucapkan tahniah kepada semua ajk yang bertungkus lumus mengendalikan majlis tersebut. Beliau juga mengucapkan syabas kepada pelajar kerana sentiasa memberikan kerjasama yang baik dalam pentadbiran asrama.

Dalam majlis jamuan kali ini, mereka turut meraikan mantan warden iaitu Pn. Alisa Jaafar yang telah mengundur diri secara rasminya pada 31 Julai 2011. Ddalam ucapan ringkas Pn. Alisa, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas kerjasama semua pelajar sepanjang beliau bertugas sebagai warden semenjak 2008. Harapan beliau semoga semua pelajar memperolehi Perfect Score dalam peperiksaan.


Kem Easy Math SPM 2011

22 - 23 Oktober 2011, satu lagi program kebitaraan matematik di bawah peruntukan Sekolah Kluster Kecemerlangan telah menganjurkan Kem Easy Math SPM di Dewan Seri Gemilang.

Seramai 200 pelajar terpilih tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti kem tersebut.

Rata-rata pelajar yang mengikuti kem tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panitia Matematik kerana menganjurkan kem tersebut lebih-lebih lagi dalam keadaan yang semakin hampir dengan SPM.

Antara objektif kem ini ialah:
  1. Meningkatkan GPMP matematik SPM kurang daripada 1.04
  2. Mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran topik-topik sukar dalam matematik SPM

Program Jejak Maklumat sempena aktiviti Bulan Membaca & Bulan Bahasa 2011 pada 20 Oktober 2011

Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan �Treasure Hunt� atau �Explore Race�. Pertandingan ini berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan. Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.
Objektif Program Jejak Maklumat adalah seperti berikut :
  • Memberi pendedahan dan kemahiran murid-murid dalam pencarian maklumat dengan menggunakan koleksi yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah khususnya dan sumber ilmu lain amnya.
  • Mendekatkan murid-murid dengan perpustakaan serta menjadikan kunjungan ke perpustakaan sebagai satu rutin sebagai asas amalan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menyedarkan murid-murid tentang kepentingan perpustakaan dalam proses pembelajaran
  • Meransang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu.
Program ini telah diadakan pada 20 Oktober 2011 yang telah disertai seramai 142 orang pelajar dengan dibantu oleh 27 pelajar rakan pembaca tingkatan 3 & 16 guru. Aktiviti ini mendapat sambutan sangat baik dan akan dilaksanakan lagi pada tahun hadapan dengan modul yang lebih mencabar.

Bengkel Fardhu Kifayah Pengurusan Jenazah Tingkatan 3, 2011

Model mayat : Perempuan
Kursus selama sehari ini dijalankan secara bengkel dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Surau, SMK Dato'Penggawa Barat, khusus bagi para pelajar tingkatan 3 sebagai pengisian program selapas PMR 2011. Bengkel bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sesi dijalankan secara ceramah dan praktikal. Ceramah-ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Haji Abu Sajib bin Sahit, Pembantu Hal Ehwal Islam & Mua'zin Masjid Pontian dan Pn Hanifah bt Ismail, Pembantu Hal Ehwal Islam Masjid Pontian   yang juga mengendalikan bengkel praktikal tersebut.


Model mayat : Lelaki

Majlis Perpisahan Pn.Halimah bt Zakaria pada 18 Okt.2011

 

Pn.Halimah bt Zakaria, Ketua Kerani SMK Dato'Penggawa Barat telah ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontingen Johor, selaku Ketua Kerani IPK, Johor. Pertukuran dibuat disebabkan kenaikkan pangkat dan khidmat cemerlang sepanjang perkhidmatan.Semoga Pn.Halimah bt Zakaria akan lebih cemerlang lagi bertugas di tempat baru.

Kem Junior Matematik Tingkatan 1 dan 2 SMKDPB



15-16 Oktober: Aktiviti Kem Junior Matematik Tingkatan 1 dan 2 SMKDPB di bawah Program Kebitaraan Matematik telah dijalankan dengan jayanya. Penceramah jemputan yang cukup berpengalaman En. Mohd Salleh Asmoni (Guru Cemerlang SMKAB & KPs Matematik PMR)) dan En. Ahmad Nizam Makkah (KPs Matematik PMR) telah dijemput bagi memandu pelajar-pelajar menjalani kem tersebut.

Guru-guru Matematik juga bersama-sama dalam memantau dan membimbing pelajar-pelajar yang bermasalah dalam menjawab soalan-soalan yang diperbengkelkan.

Antara sasaran objektif ini ialah:
  1. Meningkatkan kefahaman kemahiran asas dalam PMR
  2. Menyedarkan pelajar bahawa kemahiran asas amat penting dalam PMR
  3. Mengukuhkan asas matematik begi memastikan kegemilangan matematik PMR terus unggul