Majlis Pelancaran Program Bulan Membaca, Bulan Bahasa dan Kitar Semula pada 12 Oktober 2011

Program Bulan Membaca & Bulan Bahasa
Bulan Membaca merupakan agenda tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah SMKDPB selama sebulan dengan pelbagai aktiviti dirangka dan dilaksanakan bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga SMK Dato’ Penggawa Barat. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Tn.Hj.Hashim bin Mohd Dom, Pengetua SMK Dato'Penggawa Barat.
 

Aktiviti yang akan diadakan ialah:

1. Program Jejak Maklumat
2. Wadah Bestari—pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tersebut. Guru mengambil masa beberapa minit di kelas untuk sesi perbincangan.
3. Kuiz/teka silangkata.
4. Ulasan buku—akan disampaikan oleh Kumpulan Rakan Pembaca.
5. ‘Silent Reading’ selama 30 minit.
6. Peminjam buku terbanyak.
7. Pertandingan SAHIBBA.
8. Pertandingan deklamasi sajak
9. Penulisan esei.

Pelancaran Program Bulan Membaca & Bulan Bahasa
Program Kitar Semula
Majlis Pelancaran Kitar Semula telah dirasmikan oleh En.Shahrul Amir b. Abd. Rahim, Pengawai Eksekutif SWM-Environment Sdn.Bhd. Pasir Gudang, Johor.

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaranudara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kacakertaslogamplastiktekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).