Lawatan Pemantauan YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Panel Penasihat, Sekolah Kluster dan rombangan pegawai-pegawai kanan KPM, JPN & PPD ke SMK Dato,Penggawa Barat pada 5 Oktober 2011

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster.Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.


Seramai 10 orang pegawai dari kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah yang diketui oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Penasihat Sekolah Kluster telah hadir sesi lawatan berpandu ke SMK Dato' Penggawa Barat pada hari ini. Tujuan lawatan adalah untuk memantau perjalanan program-program kebitaraan kluster dan memberi nasihat penambahbaikkan bagi memastikan objektif dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilaksanakan dan mencapai piawai KPI Kememterian Pelajaran Malaysia.



LAWATAN PROGRAM KEBITARAN KLUSTER KECEMERLANGAN SMK DATO'PENGGAWA BARAT.