Jamuan Akhir Tahun Asrama "E-Gala Jardin Fe'erique" 2011

29 Oktober 2011: Satu majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama SMKDPB dengan tema "E-Gala Jardin Fe'erique" telah diadakan dengan penuh gemilang.

Secara keseluruhannya dari segi persediaan, perlaksanaan dan pengemasan dikendalikan oleh pelajar-pelajar aspura dan aspuri. Mereka telah berjaya mengendalikan dengan jayanya. Tahniah kepada semua pelajar.

Acara bermula sekitar jam 9.00 malam dengan kehadiran semua pentadbir, warden-warden asrama, penyelia asrama dan pengawal keselamatan.

Dalam ucapan rasmi En. Shapri (PK Pentadbiran) selaku wakil rasmi Tn. pengetua mengucapkan tahniah kepada semua ajk yang bertungkus lumus mengendalikan majlis tersebut. Beliau juga mengucapkan syabas kepada pelajar kerana sentiasa memberikan kerjasama yang baik dalam pentadbiran asrama.

Dalam majlis jamuan kali ini, mereka turut meraikan mantan warden iaitu Pn. Alisa Jaafar yang telah mengundur diri secara rasminya pada 31 Julai 2011. Ddalam ucapan ringkas Pn. Alisa, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas kerjasama semua pelajar sepanjang beliau bertugas sebagai warden semenjak 2008. Harapan beliau semoga semua pelajar memperolehi Perfect Score dalam peperiksaan.