Program Kerjaya & Keusahawanan Bersama KFC Holdings Sdn.Bhd. pada 13 Oktober 2011

KFCH International College (KFCHic) menawarkan program pembelajaran yang menarik untuk menyediakan para pelajar dengan alam pekerjaan.
KFCH International College (KFCHic yang dahulunya dikenali sebagai Paramount International College mempunyai sejarah penubuhan tersendiri. Ia bermula dengan sebuah kolej yang dimiliki oleh KFC Holdings (Malaysia) Bhd dan berkembang pesat dengan pengurusan yang cekap.
Institusi ini dibina khusus untuk memberikan kemudahan terbaik kepada pelajar dan untuk mempersiapkan mereka dengan dunia luar melalui program kerjasama dengan KFC Holdings (Malaysia) Bhd dan kumpulan syarikatnya.
Atas dasar ini, KFCHic menekankan aspek praktikal serta kerja lapangan yang amat berkesan dan relevan kepada para penuntut dalam memenuhi keperluan pasaran semasa. Penuntut didedahkan dan dilatih oleh mereka yang yang mempunyai pengalaman luas bekerja di bersama organisasi korporat terkenal.
.
Salah satu ciri unik dari program KFCH International College adalah pendedahan asas di industri di hotel dan restoran terkemuka di mana kemahiran praktikal dapat di tingkatkan dalam situasi kehidupan nyata.



Program kerjaya dan keusahawanan bersama KFCH telah diadakan di SMK Dato'Penggawa Barat pada hari ini, yang telah dihadiri oleh para pelajar sekolah SDHA, SM Maahad, SMK Tan Sri Mohd Saat dan tuan rumah SMKDPB. Program ini telah dikendalikan oleh En.Azhar bin Ariffin, Pengurus Pemasaran (Program Jangka Pendek), KFCH International College, Johor Bahru.