ICOMPEX 2020 - 2 EMAS, 3 PERAK, 1 GANGSA dan 1 PENYERTAAN


 

21 Julai 2020- Keputusan iCompEx 2020 telah diumumkan pada hari ini. Pertandingan yang kali Ke-8 diadakan juga disertai oleh pasukan SMKDPB yang menyertainya buat kali Ke-8 berturut-turut. Dorongan Tn Pengetua supaya menyertai iCompEx pada tahun ini membuahkan hasil apabila SMKDPB berjaya menuai 2 EMAS, 3 PERAK, 1 GANGSA dan 1 PENYERTAAN 

Pertandingan secara nyata yang dijadualkan pada bulan Mac 2020 terpaksa diubah kepada pertandingan secara Virtual ekoran Pandemik yang melanda. Alhamdulillah, walau secara Virtual dan kami mengalami sedikit kesukaran kerana perintah PKP namun segala usaha itu berbaloi. Malah kejayaan ini juga dikongsi JPN Johor melalui FB 11 Ogos 2020.

SDPB Menjuarai…

 

EMAS
EMAS

 

EMAS

 

PERAK

 

PERAK

 

PERAK

 

GANGSA

 

PENYERTAAN

 


1. Environmental Friendly Laundry Kit:EZ’ELF 

Ketua : Soo Jin Yee

Guru : Pn Noorhidayati & Pn Farizah 

PINGAT EMAS


2. NASTRAW (Banana Straw)

Ketua: Noraiasmawani

Guru: Anuar & Nurul Natrah 

PINGAT EMAS


3. Pendekatan Google My Maps 

Ketua: Mohd Syafiq

Guru: Sharifah Ain & Razlan

PINGAT PERAK


4. PIEMGT ( Practical Innovative Eco-Friendly Methane Gas Tank)

Ketua: Cheng Teck Chang

Guru: Nurul Natrah & Noorhidayati 

PINGAT PERAK


5. Multipurpose Organic Spray (MOS)

Ketua: Wan Jia Xuen

Guru: Md Amin & Mohd Ehsan 

PINGAT PERAK


6. Multifunction Mask

Ketua: Jeff Tan

Guru: Anuar & Zainal 

PINGAT GANGSA


7. The Multi-Functional Handled Machine

Ketua: Cynthia Goh Jin Ying   

Guru: Razlan & Sharifah Ain 

PENYERTAAN


PERSARAAN PN LATIPAH BINTI MOSTAPA


16 Julai 2020 - Majlis persaraan Pn Latipah binti Mostapa , AKP SMKDPB telah diraikan secara sederhana dan mematuhi SOP yang dibenarkan pada hari ini. Majlis bermula jam 2 petang  di Dewan Seri Gemilang. Beliau merupakan satu-satunya AKP yang bertugas selama 42 tahun di SMKDPB iaitu tempoh yang paling lama berkhidmat di sekolah ini. Warga SMKDPB merakamkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti Pn Latipah sepanjang bersama-sama memajukan SMKDPB ke tahap cemerlang pada hari ini.

Selamat bersara, budimu dan jasamu akan kami kenang.





PEMANTAUAN HARI PERSEKOLAHAN PASCA COVID-19

15 Julai 2020- Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi murid-murid tingkatan 1- tingkatan 4 pasca Covid-19. Seawal pagi murid-murid datang ke sekolah dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Pemantauan dilakukan oleh Haji Roslan Marjan, Timbalan PPD.




 
 
 

PIDATO PRIDULI 2020

 5 Julai 2020- Keputusan pertandingan Pidato Priduli telah diumumkan. Adik Mohd Fahim Azfar telah mendapat tempat keempat. tahniah diucapkan.



SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT

14 Julai 2020 - Solat Hajat dan Doa Selamat khas diadakan bertujuan memanjatkan hajat kepada Yang maha Esa agar dipermudahkan segala urusan guru-guru dan anak-anak didik SDPB yang akan memasuki sesi persekolahan penuh bermula esok. Semoga segalanya dipermudahkan dan seluruh warga SDPB Menjuarai dihindari daripada wabak dan penyakit.






SELAMAT HARI LAHIR TUAN PENGETUA

14 Julai 2020 - Selamat Hari Lahir buat Tuan Pengetua, Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof. Semoga Tuan Pengetua sentiasa diberi kekuatan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik untuk terus memacu SDPB menuju kecemerlangan.






TAKLIMAT PENATARAN PEMBUKAAN SEKOLAH BIL.2/2020

7 Julai 2020- Satu taklimat penataran pembukaan sekolah bil.2/2020 telah disampaikan oleh Cikgu Mohd Shaphri, Pengetua SMKDPB.
Guru- guru diberi taklimat untuk pembukaan sekolah pada 15  Julai 2020 yang melibatkan semua tingkatan. Semoga dipermudahkan segala urusan warga SDPB Menjuarai.



Pertandingan Speak Out: Express Your Right!

 1-7 Julai 2020 – Pertandingan Speak Out: Express Your Right! Infografik Sempena Konvensyen HePiLi2020 peringkat negeri Johor juga telah diadakan secara atas talian.  Seorang peserta SDPB Menjuarai iaitu adik Samantha a/p Gerard telah memperoleh hadiah saguhati. Tahniah diucapkan kepada pelajar serta guru pembimbing Pn Norhafizah Nasiron, Pn Rafidah Rajimin dan Pn Nurul Natrah Nor Bashah.



Pertandingan Bicara Sihat Konvensyen HePiLi 2020

 1 – 7 Julai 2020 – Pertandingan Bicara Sihat Konvensyen HePiLi 2020 peringkat negeri Johor telah diadakan secara atas talian. Di bawah bimbingan Pn Norhafizah Nasiron, Pn Rafidah Rajimin dan Pn Nurul Natrah Nor Bashah seramai 4 orang peserta telah menyertainya. Pertandingan yang diadakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeri ini telah melonjakkan nama SDPB Menjuarai. Tahniah kepada:

1.       Johan Pertandingan Bicara Sihat Sek.Men (B.Melayu) – Adik Ammar Hakimi

2.       Naib Johan Pertandingan Bicara Sihat Sek.Men (B.Inggeris)- Adik Alif Syahmi

3.       Ketiga Pertandingan Bicara Sihat Sek.Men (B.Inggeris)- Adik

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan guru pembimbing.

 

 


 

 

 

PERTANDINGAN BICARA RAMADAN

 4 Julai 2020- Tahniah diucapkan kepada adik Mohd. Fahim Azfar b. Aili (4AK) yang mengungguli tempat ke-3 dan adik Afrina Jasmin bt Hasanuddin (5AK) di tempat ke-6 dalam Pertandingan Bicara Ramadan Peringkat Negeri Johor 2020.


Semoga terus cemerlang!