PERSARAAN PN LATIPAH BINTI MOSTAPA


16 Julai 2020 - Majlis persaraan Pn Latipah binti Mostapa , AKP SMKDPB telah diraikan secara sederhana dan mematuhi SOP yang dibenarkan pada hari ini. Majlis bermula jam 2 petang  di Dewan Seri Gemilang. Beliau merupakan satu-satunya AKP yang bertugas selama 42 tahun di SMKDPB iaitu tempoh yang paling lama berkhidmat di sekolah ini. Warga SMKDPB merakamkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti Pn Latipah sepanjang bersama-sama memajukan SMKDPB ke tahap cemerlang pada hari ini.

Selamat bersara, budimu dan jasamu akan kami kenang.