SETITIS TINTA PENGETUA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, kita dapat meneruskan khidmat bakti di sekolah tercinta ini. Semoga kegemilangan dan kejayaan terus menerangi kehidupan kita semua yang mempunyai amanah besar untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti di sekolah kita. Marilah kita memperbaharui tekad dan menyuntik semangat baru dalam melonjakkan kecemerlangan SMK Dato Penggawa Barat pada tahun 2018 dan tahun- tahun yang mendatang. Sesungguhnya, sekolah adalah nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan yang memacu kemajuan negara pada masa hadapan. Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju amat bergantung kepada keupayaan warga sekolah terutamanya para pendidik yan berpengetahuan kelas pertama, berketrampilan dan berdaya saing yang sihat bagi melakar pembangunan modal insan dalam kalangan murid SMK Dato Penggawa Barat berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para pendidik harus mempunyai hala tuju yang jelas dan mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme agar mampu memberi impak yang tinggi terhadap kecemerlangan anak didik dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dalam menghadapi persaingan pada peringkat global, kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh warga sekolah. Oleh itu, setiap warga pendidik perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta melipatgandakan usaha bagi melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif dan inovatif untuk mengisi keperluan masa kini dan masa hadapan. Bagi memastikan kelangsungan pembangunan pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dilaksanakan. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Pelan ini berhasrat mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan. Lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia ialah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Justeru, PPPM juga telah menyusun transformasi yang dilaksanakan dalam tiga gelombang. Gelombang pertama memberi sokongan kepada para pendidik, gelombang kedua mempercepat peningkatan kemajuan sistem, dan gelombang ketiga ialah beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Oleh itu, sebagai pendidik kita hendaklah menerima transformasi ini dengan minda yang terbuka dan melaksanakannya bagi mencapai visi yang dihasratkan. Pengajaran yang berkesan melibatkan proses memindahkan ilmu oleh guru di samping memperkembang potensi murid. Bagi murid, pembelajaran merupakan suatu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan. Dalam hal ini, pengintegrasian ICT dalam PdPc memberikan kesan berganda kepada murid-murid bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Oleh hal yang demikian, pelbagai aplikasi seperti e-pembelajaran, sidang video dan pelbagai inovasi teknologi yang diperkenalkan amat relevan dengan keperluan semasa murid kerana teknologi ini membolehkan murid mendapat maklumat dalam masa yang singkat. Dalam era globalisasi, warga sekolah semestinya melengkapkan diri dengan maklumat terkini supaya dapat bertindak balas terhadap pembangunan teknologi baru. Kejayaan-kejayaan yang dilakar selama ini adalah disebabkan pengamalan budaya kerja cemerlang oleh semua warga sekolah ini. Budaya kerja ini bukan sahaja dapat melahirkan golongan pendidik dan murid yang berdedikasi tetapi juga memberi impak yang besar kepada ‘output’ dan ‘outcome’ hasil daripada pengamalan budaya kerja tersebut. Diharapkan generasi yang dihasilkan kelak adalah golongan murid yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi merangkumi semua aspek kehidupan sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat dalam memberikan sumbangan kepada pihak sekolah. Segala usaha murni ini perlu diteruskan lagi agar mencapai kejayaan yang lebih cemerlang seterusnya dapat menyumbang bakti pula kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat hendaklah dijadikan amalan. Semoga segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ingatlah, orang hebat mampu melahirkan beberapa karya berkualiti, tapi guru berkualiti mampu melahirkan ribuan orang hebat. Selamat menjalankan tugas kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat, moga 2018 kita berada di mercu. Yakinlah dan pastikan SDPB MENJUARAI.
MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF

A CROSS-STRAITS VISIT BY THE HOCKEY CONTINGENT FROM NORTHLAND SECONDARY SCHOOL, SINGAPORE

A CROSS-STRAITS VISIT BY THE HOCKEY CONTINGENT FROM NORTHLAND SECONDARY SCHOOL, SINGAPORE

Date: 23 NOV 2013
Time:2pm-5pm
Venue:SMKDPB
 
SMKDPB heartily welcomed the visit by the Northland Secondary School's hockey contingent to our school very recently. Our principal, Tn Hj Hashim and Tn Hj Sahadun, the senior assistant for co-curricular activities were at hand to cordially receive the 51-person-strong contingent comprised of the Singaporean hockey players and their teachers.
 
Upon their arrival, the visitors were given a tour of SMKDPB's compound and briefed on the school's culture and achievements during a slideshow session. After a hi-tea gathering, the audience were fortunate to listen to speeches delivered by SMKDPB's principal and the NSS's chef-de-mission Mr Brian Lui to celebrate the three-year old friendship between us.
 
Hopefully, this warm hockey relationship enjoyed by the cross-straits neighbours will open up a new frontier and possibilities to further enhance the development of the school's hockey culture as well as co-operation in other future endeavours as well.
 
All the best, NSS and SMKDPB!!!

















SMKDPB DI JOHOR INTERNATIONAL JAMBOREE 2013



INFO SETERUSNYA SILA LINK KE PAUTAN BERIKUT

Sukan Lompat Tali SMKDPB

Satu perjumpaan dengan semua 'jumpers' SMKDPB dan ahli yang baru akan diadakan pada 9 Disember 2013 pada hari Isnin pada jam 8.30 pagi di dewan sekolah di bawah kelolaan Puan Zanariah. Ahli baru (lelaki sahaja) yang berminat untuk menyertai pasukan Lompat Tali SMKDPB akan diujibakat pada hari tersebut. Sila hadir dengan berpakaian sukan lengkap.

Streaming Class : Form 2 (2014) & Form 3 (2014)

Sila klik di bawah untuk mendapatkan senarai nama kelas tingkatan 2 dan 3 tahun 2014. Terima kasih.

Membuat sushi bersama Sushi King


Pada 31 Oktober yang lalu, pada jam 2 petang, bertempat di Makmal Sains SMKDPB, pelajar bukan Islam Tingkatan 1di bawah kelolaan Cik Leng Soa Yee telah menganjurkan program membuat sushi bersama pihak Sushi King.Tujuan aktivit ini adalah untuk memupuk semangat mengamalkan nilai bertanggungjawab,saling bantu-menbantu dan bekerjasama semasa menjalankan sesuatu aktiviti antara pelajar. 




 
 
 
 


Pertukaran Logo, Visi dan Misi yang baru

RASIONAL

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

2.) Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

Visi dan misi KPM yang baru adalah seperti berikut:-
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Majlis Jamuan Akhir Tahun & Jamuan Perpisahan Tn.Hj. Sahadun bin Kimin

9 Nov 2013 : Majlis Jamuan Akhir Tahun & Jamuan Perpisahan Tn.Hj. Sahadun bin Kimin telah diadakan di Hotel Pontian pada hari ini. Majlis bermula dengan ucapan Tn.Hj Hashim bin Mohd Dom dan diikuti ucapan Yang Diraikan Tn.Hj Sahadun bin Kimin.

Kursus Profesionalisme Ke-5 : SARANA

9 Nov 2013 : Kursus Profesionalisme kali ke-5, SMK Dato' Pengggawa Barat telah diadakan di Hotel Pontian bermula jam 8.00 pagi hingga petang 1.00 petang. Pengisian kursus pada kali ialah SARANA sekolah. Sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang dirangkakan untuk memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang holistik dapat dijayakan dengan efektif. Seramai 101 orang peserta guru telah hadir ke kursus ini. Kursus ini telah dikendalikan oleh Tn.Haji Md Razi bin Hj Jidi selaku penceramah bagi kursus ini.


Makluman Penutupan Sementara Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)



PENGUMUMAN UNTUK GURU-GURU SMKDPB

SATU SESI LADAP AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

HARI                   :        SABTU
TARIKH             :        09 NOVEMBER 2013
MASA                :        8.30 -12.30 TENGAH HARI
TEMPAT           :        HOTEL PONTIAN





TENTATIF MAJLIS:
8.00 Pagi   :        Ketibaan para guru
8.45 Pagi   :        Bacaan doa
                   :        Sesi Ladap
·              Sarana sekolah & Ibu Bapa oleh Pengerusi Kelab Guru
·              e-Prestasi oleh Guru Penolong Kanan Tg.6

:        Ucapan Pengetua
:        Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
:        Ucapan Guru Penolong Kanan HEM
:        Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
11.00 Pagi :        Jamuan Akhir Tahun
·                  Ucapan Aluan Pengerusi Kelab Guru
·                  Laporan Tahunan Kelab Bilik Guru
·                  Ucapan Yang Diraikan : Tn. Hj. Sahadun bin Kimin
·                  Ucapan Pengetua
·                  Penyampaian hadiah & sijil PK Kokurikulum
·                  Laporan Tahunan Kelab Bilik Guru
·                  Penyampaian Kad Harijadi (Oktober – Disember)
·                  Penyampaian Cenderamata & Anugerah

·                  Cabutan Bertuah

HARI PERTAMA PEPERIKSAAN SPM DAN STPM 2013

6 November – Peperiksaan SPM dan STPM pun bermula. Pada pagi ini pelajar-pelajar SPM dan STPM menghadapi peperiksaan sebenar yang akan menentukan hala tuju mereka. Pelajar-pelajar berkumpul di hadapan Dewan Seri Gemilang bersama-sama ibu, bapa dan guru-guru untuk mengaminkan doa yang dibaca Tn Hj Abd Shukor bin Talib. Sambil itu juga Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang  juga meniupkan semangat dan keyakinan kepada para pelajar. Semoga pelajar-pelajar SPM dan STPM dapat menjawab soalan menepati skema pemarkahan yang ditetapkan. Amin.










SEJARAH 3

KENYATAAN AKHBAR: HEBAHAN PENGUMUMAN TEMA UMUM MATA PELAJARAN SEJARAH 3 (1249/3) – CALON SEKOLAH DAN CALON PERSENDIRIAN BAGI PEPERIKSAAN SPM 2013

01 November 2013

KENYATAAN AKHBAR

HEBAHAN PENGUMUMAN TEMA UMUM MATA PELAJARAN SEJARAH 3
(1249/3) – CALON SEKOLAH DAN CALON PERSENDIRIAN BAGI PEPERIKSAAN SPM 2013


Semua calon dikehendaki membaca dan meneliti tema umum berikut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan:
Tema UMUM: Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
Semua calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan tema umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3.
Makluman lanjut mengenai arahan dan tema umum bagi kertas peperiksaan Sejarah 3 (1249/3) boleh dimuat turun di portal rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp bagi membuat persediaan sebelum peperiksaan bertulis SPM 2013 dilaksanakan pada bulan November ini.


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
1 November 2013
* CALON BOLEH DOWNLOAD SOALAN SEJARAH 3 KLIK DI SINI.

*CALON BOLEH MERUJUK KE BLOG CIKGU SHARIFAH AIN http://e-panitiasejarahsmkdpb-kluster.blogspot.com/

SOLAT HAJAT KHUSUS SPM DAN STPM 2013

5 November – Solat Hajat Khusus untuk calon SPM dan STPM telah diadakan pada pagi di di Surau Nur Hidayah, SMKDPB. Majlis ini dimulakan pada pukul 10.00 pagi dengan tazkirah oleh Ustaz Wan Yusli seterusnya diikuti dengan solat sunat Dhuha, sunat Taubat dan sunat Hajat yang diimami Ustaz Haris bin Mustafa dan diakhiri dengan bacaan Yassin yang dipimpin Ustaz Tn Hj Abd Shukor bin Talib. Majlis ini turut dihadiri Pengetua Cemerlang SMKDPB, Tn Hj Hashim bin Mohd Dom. Dalam ucapannya Tn Hj Hashim mengucapkan terima kasih atas kedatangan para ibu bapa yang memenuhi ruang solat surau. Menurut beliau majlis sebegini adalah usaha berterusan pihak sekolah selama lebih 6 tahun untuk menanamkan keyakinan spritual pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Seterusnya majlis ini juga menzahirkan sokongan para ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan anak-anak. Semoga usaha-usaha yang dijalankan selama ini mendapat keredaan Allah S.W.T. Insyaallah.