PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5. ANDA BOLEH MENGAKSES KERJA RUMAH MELALUI LINK DI BAWAH. 


TERMA KASIH DAN SELAMAT BERCUTI

NAIB JOHAN KESELURUHAN LELAKI B15 - MERENTAS DESA MSSD

21 Januari 2020 - Tahniah diucapkan kepada kontinjen SDPB ke kejohanan merentas desa MSSD 2020 kerana berjaya merangkul gelaran Naib Johan keseluruhan lelaki bawah 15 tahun.

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2020

19 Januari 2020- Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Pengawas 2020 telah diadakan pada pagi ini dan disempurnakan oleh Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB. Dalam ucapannya, Cikgu Mohd Shaphri mengharapkan agar bakat kepimpinan pengawas diserlah di peringkat sekolah lagi. Seramai 80 orang pelajar dipilih sebagai pengawas bagi sesi 2020.Ketua Pengawas ialah Muhammad Ameen Sallehen bin Mohd Din.


SUKANTARA SMKDPB 2020

14 & 15 Januari 2020- Sukantara sempena Kejohanan Sukan Sekolah telah diadakan selama 2 hari bermula hari ini. Semua ahli rumah sukan Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Panglima telah mengambil bahagian bagi mengutip mata untuk rumah sukan masing-masing. Tahniah diucapkan atas semangat kesukanan yang tinggi.

















JERAYAWARA PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR 2020

12 Januari 2020 - Jerayawara Pengarah Pendidikan Negeri Johor 2020 telah diadakan di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Cikgu Haji Azman bin Adnan, Pengarah Pendidikan Negeri Johor bersama-sama para pengetua dan guru besar berdialog berkaitan hala tuju kepimpinan sekolah sesi 2020. 

MERENTAS DESA 2020

11 Januari 2020 - Aktiviti Merentas Desa telah diadakan pada pagi ini. Aktiviti rutin tahunan ini merupakan aktiviti permulaan dalam menyemarakkan sukan sekolah. Aktiviti pagi ini disempurnakan pelepasannya oleh En Mohd Kopli, YDP PIBG SMKDPB.

Enam kategori peserta iaitu L18,L15,L13,P18,P15 dan P13. Berikut merupakan keputusannya:

Keputusan Merentas Desa SMKDBP 2020 :
1. Panglima : 492 
2. Temenggung : 437
3. Bendahara : 435
4. Laksamana : 363


HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

1 Januari 2020-  Hari pertama persekolahan tahun 2020 disambut ceria oleh warga SDPB Menjuarai. Seawal jam 7 pagi, Cikgu Mohd Shaphri (Pengetua) bersama barisan pentadbir menyambut kedatangan pelajar-pelajar ke sekolah. Semoga pelajar-pelajar gembira datang ke sekolah bagi sesi 2020.