ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA TAHAP PERAK NEGERI JOHOR 2015

28 Oktober 2015 - Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Segamat, Johor. Seramai 26 pelajar SMKDPB menerima pengiktirafan ini. Tahniah diucapkan.

PERTANDINGAN CONGKAK PERINGKAT NEGERI 2015

24 Oktober 2015 - Adik Nurul Ain Rozy dan Nurhamizah mewakili daerah Pontian dalam pertandingan congkak sempena Karnival  Permainan Tradisional Negeri Johor. Tahniah atas kejayaan menjadi Naib Johan.

24 Oktober 2015 : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 9

International Sharing SMK Dato' Penggawa Barat & Madrasah Aljunied, Singapore 
Coorperative Learning 
A Biginning For Educator
by
Khairiana Zainal Abiden
Asst Vice-Principal
 Madrasah Aljunied, Singapore






Etos Matematik  telah menganjurkan Bengkel Pembelajatran Koperatif di Dewan Sri Gemilang. Program Jaringan bersama madrasah Aljunied Al-Islamiah dihadiri oleh 148 peserta guru dari JKD Matematik dsan JKD Sejarah Daerah Pontian. Pn.Khairina Zainal Abidin selaku Penceramah bengkel telah mengfendalikasn 3 aktiviti Pembelajaran Koperatif yang bmanirtik iasitu " Circle of interviewers" "Round Robin" dan "Think-pair share" yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta.


PECUTAN AKHIR BAHASA MELAYU SPM 2015

22 Oktober 2015 - Pecutan Akhir Bahasa Melayu SPM telah diadakan di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Penceramah undangan ialah En Azhar bin Salleh, Munsyi Dewan merangkap SISC+ PPD Pasir Gudang. Semoga para pelajar mendapat manfaatnya.



TEKNIK MENJAWAB ICT DI SMK SRI TANJUNG

22 Oktober 2015 - Teknik menjawab subjek ICT SPM telah diadakan di SMK Sri Tanjung. Seramai 13 orang pelajar terlibat. Didoakan para pelajar memperoleh manfaatnya.

BRIDGE CONSTRUCTION UTM

22 Oktober 2015 - Pertandingan Bridge Construction telah diadakan di UTM, Johor. Kejayaan yang diperoleh :
i- Physics Bowl - Johan , Naib Johan dan Ketiga.
ii. Bridge Competition - Ketiga.
Tahniah dan syabas atas kejayaan anda.


MENIMBA ILMU DI RANTAU ORANG

14 Oktober 2015 - Cikgu Mohd Yusof bin Ahmad akan berkelana ke Dallas, Amerika Syarikat selama dua minggu untuk menimba ilmu berkaitan kimia. Semoga beliau selamat pergi dan kembali dan meneruskan legasi kecemerlangan kepada warga SMKDPB.


PT3 2015

12 - 15 OKTOBER 2015 Pentaksiran Tingkatan Tiga telah bermula pada hari ini. Seramai 193 pelajar terlibat menduduki pentaksiran ini. Kehadiran ibu bapa yang turut memberi sokongan sangat dihargai pihak sekolah. semoga kejayaan milik kita. Insyallah.



FIT FEST JOHOR 2015

10 Oktober 2015 - Pasukan Lompat Tali (JUMP ROPE ) SMKDPB telah menyertai pertandingan Fit Fest Johor 2015 sempena Hari Sukan Negara. Tahniah diucapkan atas kejayaan yang diperoleh.













HARI SUKAN NEGARA

10 OKTOBER 2015 - Hari Sukan Negara disambut warga SMKDP denga meriah. Pelbagai permainan diadakan bagi mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan.


PERTANDINGAN KOMPANG SEMPENA FESTIVAL SENI ANAK JOHOR 2015

9 Oktober 2015 - Pelajar asrama SMKDPB telah menyertai pertandingan kompang sempena Festival Anak Seni Johor 2015. Alhamdulillah dalam pertandingan ini pasukan asrama SMKDPB telah menjadi Johan dan Naib Johan. Tahniah diucapkan.


PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

5-8 Oktober 2015- Bertempat di Hotel Empress, Sepang dan IPG Kampus Bahasa , adik Muhammad Asrul Haziq Anuar membawa cabaran pidato mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan. Beliau hanya mendapat hadiah saguhati.