Majlis Penyampaian Hadiah Program Membaca Bestari pada 27 Jun 2011


NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca  yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.  Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah. Sehubungan itu, satu program pembacaan bestari sepanjang cuti persekolahan yang telah lalu telah diadakan di mana semua warga murid SMKDPB telah diwajibkan meminjam buku di PSS SMKDPB dan melaksanakan program pembacaan tersebut. Seramai 50 murid yang memperolehi pembacaan tertinggi diberikan hadiah berupa buku sasterawan negara dan sijil, sebagai galakkan murid-murid suka membaca. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ayahanda Pengetua Tn.Hj.Hashim bin Mohd Dom bagi sebelah pagi dan Penolong Kanan En.Ariffin bin Bajuri bagi sesi petang.


Persembahan 350 Pelajar J-Robik SMKDPB Sempena Kembara Mahkota

 











20 Jun 2011: Seramai 350 pelajar sesi petang SMKDPB telah terpilih oleh jawatankuasa penganjur untuk bersama-sama membuat persembahan J-Robik sempena Program Kembara Mahkota 2011.

2 bas dengan setiap bas membuat 4 perjalanan digunakanuntuk membawa pelajar dari sekolah ke Padang Mini Pontian.
Secara keseluruhannya komitmen pelajar dan guru adalah sangat memuaskan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan walaupun perjalanan pulang ke sekolah sehingga jam 7.20 petang.

Laporan Festival Sains dan Teknologi Negeri Johor 2011


Teknik Ingat Pantas Bersama Mahasiswi UTM

20 Jun 2011: Satu program teknik mengingat secara pantas dijalankan kepada pelajar sesi petang anjuran Unit Kaunseling. Program yang bermula dari jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Seramai 75 pelajar terpilih mengikuti bengkel tersebut dan didapati daripada soal selidik pelajar yang dijalankan mereka mengucapkan terima kasih kepada sekolah kerana dapat mengaturkan satu program yang amat berguna kepada mereka.

Tahniah kepada pelajar kerana berjaya menghayati isi kandungan program yang dijalankan.

SMKDPB Gemilang Di Karnival Kimia Malaysia 2011 UTM

19 Jun 2011: Pasukan SMKDPB telah merangkul beberapa kejayaan dalam Karnival Kimia malaysia yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pihak sekolah merakamkam setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan yang dicapai dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.

Berikut adalah nama-nama pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan:


KARNIVAL KIMIA MALAYSIA 2011

ACARA

NAMA PELAJAR
KEDUDUKAN

CHEMICAL GARDEN

AFIQAH BT AZHAR
NUR AFIQAH BT. MD. AZMI
SOH CHIN FEN


JOHAN

NUR HAZIRAH BT. KASSIM
NUR HAZWANI BT. MOHAMAD JURIMI
NURULAFIFAH BT ABU BAKAR


KETIGA

CHEMISTRY OLYMPIAD
(Dikehendaki  13 terbaik)

CHIA YI MENG
MUHAMMAD HANIF B AKMAL
TAN SHI ZHENG
TEH BEI YEE
SOH CHIN FEN
SEOW ZHEN JUN
EKA LATIFAH NADIA BT. DZULKARNAIN
NURUL ASRY B. MOKHTAR


PERTAMA
KE EMPAT
KE ENAM
KE TUJUH
KE LAPAN
KE SEMBILAN
KE SEPULUH
KE TIGA BELAS

Seminar Profesionalisme Perguruan "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"













18 Jun 2011: Pengujian dan pengukuran adalah satu kaedah bagi membolehkan pihak sekolah membuat penilaian terhadap pencapaian murid serta keberkesanan P&P dan program-program yang dijalankan di sekolah selari dengan keperluan headcount. Menurut R.M Gange (The Conditions Of Learning), pengujian ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Di dalam sesebuah kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku berkaitan dengan aktiviti P&P. Ia merupakan kaedah pengukuran dengan tujuan mendapat maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam pelbagai bidang kognitif, psikomotor dan afektif. Pengukuran ialah suatu proses yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara, atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Pengujian dan pengukuran dapat memberi pihak sekolah suatu indikator pencapaian sama ada dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif untuk dianalisis. Dapatan dari analisis ini membantu sekolah membuat sesuatu keputusan dalam merancang program-program dan tindakan penambahbaikan.

Selamat Bertugas kembali ke SMK Dato'Penggawa Barat pada 13 Jun 2011

"Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi"

"Setiap orang mempunyai keupayaan sebenarnya untuk melakukan apa yang saya telah lakukan dan lebih dari itu. Sesetengah daripada anda akan melakukannya dan sesetengah lagi tidak.Bagi yang tidak melakukannya, ianya disebabkan oleh anda sediri yang menghalangnya bukan kerana dunia yang tidak membenarkannya."

-Warren Buffet.


Selamat Bertugas Di Tempat Baru Pn. Suzana


27 Mei 2011: Hari ini merupakan hari terakhir Pn. Suzana Binti Salamon berkhidmat di SMKDPB.

Sepanjang beliau berkhidmat daripada 10 November 2008 banyak sumbangan-sumbangan beliau dalam membantu Panitia Sains mengukir kegemilangan dalam PMR.

Semoga dengan penghijrahan beliau ke SMK Sultan Ismail, Johor Bahru yang merupakan juga Sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan akan meningkatkan lagi keterampilan beliau dalam mendidik anak bangsa.