Seminar Profesionalisme Perguruan "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"













18 Jun 2011: Pengujian dan pengukuran adalah satu kaedah bagi membolehkan pihak sekolah membuat penilaian terhadap pencapaian murid serta keberkesanan P&P dan program-program yang dijalankan di sekolah selari dengan keperluan headcount. Menurut R.M Gange (The Conditions Of Learning), pengujian ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Di dalam sesebuah kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku berkaitan dengan aktiviti P&P. Ia merupakan kaedah pengukuran dengan tujuan mendapat maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam pelbagai bidang kognitif, psikomotor dan afektif. Pengukuran ialah suatu proses yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara, atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Pengujian dan pengukuran dapat memberi pihak sekolah suatu indikator pencapaian sama ada dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif untuk dianalisis. Dapatan dari analisis ini membantu sekolah membuat sesuatu keputusan dalam merancang program-program dan tindakan penambahbaikan.