PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

KEM PESONA : PERSONALITI REMAJA PUTERI

TARIKH: 17 & 18 APRIL 2015  (JUMAAT & SABTU)
TEMPAT : TANJUNG PIAI RESORT
SASARAN : PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN 2-5

Antara slot ceramah yang dijalankan ialah,
Ceramah Personaliti Remaja Puteri yanag disampaikan oleh Dr Johari Surif.


PENYERTAAN
BIL
NAMA SEKOLAH
JUMLAH PESERTA
1
SMK DATO’PENGGAWA BARAT
44
2
SMK CONVENT BATU PAHAT
33
3
SMK DATO’ SULAIMAN BATU PAHAT
7
4
SMK TAMAN UNIVERSITI JB
6
5
SMK DATO’YUNOS S.RENGGAM
4
6
SMK RAJA MUDA PT.JAWA MUAR
3
7
SMK SULTAN ABDUL JALIL
3

JUMLAH
100

PELAJAR REMAJA PEREMPUAN AKAN MEMBESAR MENJADI WANITA DAN IBU SERTA BAKAL PEMIMPIN DI MASA HADAPAN. PEPATAH MENGATAKAN “TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN BOLEH MENGGEGARKAN DUNIA.” JIKA MEREKA CEMERLANG DAN BERAKHLAK TERPUJI MAKA PASTILAH MALAYSIA MENJADI NEGARA MAHU YANG SEJAHTERA.
PROGRAM INI DIHARAP DAPAT MEMBERI PANDUAN KEPADA REMAJA  PEREMPUAN BAGAIMANA HENDAK MEMBENTUK PERSONALITI YANG BAIK DALAM PROSES KEHIDUPAN.
















LAPORAN PENCAPAIAN AKTIVTI KO-KURIKULUM SEHIINGGA 16 APRIL 2015

Pencapaian pertandingan sepanjang bulan April 2015 adalah seperti dibawah :
  1. Kuiz Maal Hijrah sempena Karnival Pendidikan Islam Peringkat Negeri 2015     - Johan
  2. MTQ Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor:
    • Pertandingan Bercerita Kisah Nabi         - Johan
    • Pertandingan Tulisan Khat                      - ke-5

  3. Kejohanan Hoki Peringkat Daerah 2015:
    • Kategori Lelaki B18                   - Johan
    • Kategori Perempuan B18           - Ketiga      
  4. Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah 2015 :
    • Kadet Remaja Sekolah                - Johan
    • Kadet Polis                                  - Naib Johan 
Tahniah dan syabas di atas semua yang terlibat dalam mencapai kegemilangan sekolah diperingkat negeri dan kebangsaan.

KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN KELAB DAN PERSATUAN KOKURIKULUM 2015

11hb Apr 2015 : Program pembinaan jati diri dan kepimpinan pengerusikelab dan persatuan telah diadakan mulai 10hb-11hb Apr 2015 di Pusat Latihan Kokurikulum Sungai . Seramai 44 pelajar telah menyertai Kem Kepimpinan tersebut. Kem ini telah dianjurkan oleh Kelab Bimbingan dan Kaunseling SMK Dat0' Penggawa Barat.

                     

                               



KEJOHANAN CATUR MSSD PONTIAN 2015

TARIKH: 5, 6, 7 APRIL 2015 ( AHAD - SELASA)
TEMPAT: SMA BUGISIAH TAMPOK

Pertandingan Catur MSSD Pontian telah diadakan pada 5  hingga 7 April 2015. Seramai 16 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan. Pertandingan melibatkan kategori Lelaki Bawah 15, Lelaki Bawah 18, Perempuan Bawah 15 dan juga Perempuan Bawah 18. Sekolah kita telah berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori Perempuan Bawah 18 dan juga tempat ketiga bagi kategori Lelaki Bawah 15. Tahniah kepada Fatin Binti Mohd Hatta (5AS) dan juga Mohd Azhan bin Roslaile (1MA). Bagi kategori  Lelaki Bawah 18, Mohamad Syazwan bin Mohamad  Amin(4DA) mendapat tempat ke 7. Tahniah juga kepada semua pelajar yang teribat dan juga kepada semua guru pembimbing dan guru pengiring yang terlibat. Kedua-dua pelajar yang mendapat tempat enam kebawah ini berjaya mewakili Daerah Pontian untuk ke peringkat negeri pada 23, 24 dan 25 April ini di Segamat Johor.















LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH ISLAM ADNI


3 April 2015 – Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Islam ADNI di Ampang, selangor disertai oleh 34 orang guru dengan diketuai oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom. Lawatan ini bertujuan meninjau aspek kecemerlangan pelajar-pelajar di Sekolah Islam ADNI.  Sekolah yang diasaskan pada 21 tahun yang lepas berjaya melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang dan menguasai Al-Quran.
                Kedatangan kami disambut oleh Prof.Hasni Mohammed Al-Haj, Pengetua Sekolah Islam ADNI dan juga Pengerusi Ekskutif iaitu Ir. Dr. Fauzi Abd Samad. Kami mendapat penerangan berkaitan perjalanan dan kurikulum sekolah serta meninjau kawasan sekolah. Semoga lawatan ini memberi inspirasi kepada kami untuk meningkatkan kecemerlangan di SMKDPB.