LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH ISLAM ADNI


3 April 2015 – Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Islam ADNI di Ampang, selangor disertai oleh 34 orang guru dengan diketuai oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom. Lawatan ini bertujuan meninjau aspek kecemerlangan pelajar-pelajar di Sekolah Islam ADNI.  Sekolah yang diasaskan pada 21 tahun yang lepas berjaya melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang dan menguasai Al-Quran.
                Kedatangan kami disambut oleh Prof.Hasni Mohammed Al-Haj, Pengetua Sekolah Islam ADNI dan juga Pengerusi Ekskutif iaitu Ir. Dr. Fauzi Abd Samad. Kami mendapat penerangan berkaitan perjalanan dan kurikulum sekolah serta meninjau kawasan sekolah. Semoga lawatan ini memberi inspirasi kepada kami untuk meningkatkan kecemerlangan di SMKDPB.