MERENTAS DESA 2014

23 Jan 2014 – Program Merentas Desa telah dilaksanakan pada pagi ini. Program yang menjadi acara tahunan ini  bermula seawal jam 7.30 pagi. Para pelajar terlebih dahulu melakukan senam robik sebagai persediaan untuk berlari. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Lelaki dan Perempuan bawah 13 tahun, bawah 15 tahun, bawah 18 tahun dan bawah 20 tahun. Para peserta dilepaskan oleh Tn Hj Hashim, Pengetua SMKDPB. Dalam acara ini sekali lagi Rumah Bendahara mengunggulinya. Tahniah kepada Rumah Bendahara!























MAULIDUR RASUL 1435H - PERINGKAT SEKOLAH

19 Jan 2014 – Majlis sambutan  Maulidur Rasul 1435H peringkat SMK Dato’ Penggawa Barat telah diadakan pada pagi ini. Majlis dimulakan dengan perarakan guru dan pelajar-pelajar mengelilingi kawasan sekolah sambil berselawat.  Bertemakan Wasatiah Tunggak Kesatuan Ummah, majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Nasir Safar, YDP PIBG serta barisan AJK PIBG.
Objektif sambutan ini dijalankan ialah menerapkan perasaan cinta akan Rasulullah SAW dan menilai pekerti mulia baginda dalam kehidupan seharian. Menanam semangat kerjasama dan ukhwah dalam kalangan warga sekolah melalui aktiviti yang dilaksanakan. Memupuk dan menerapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar melalui ceramah yang dianjurkan dan membudayakan sambutan hari-hari kebesaran Islam dalam kehidupan bermasyarakat.
                Penceramah undangan ialah Al-Fadhil Ustaz Rifqi bin Myddin, Guru Cemerlang Pendidikan Islam, SMK Taman Universiti, Johor Baru.Dalam majlis ini juga Tn Hj Sahadun bin Kimin bekas PK Kokurikulum SMKDPB dianugerah Tokoh Maulidur Rasul ( guru ), Muhammad Hakimudin Haziq ( pelajar lelaki ) dan Nurzahirah Zainal ( pelajar perempuan ).














LATIHAN PUSAT LOMPAT TALI PRESTASI TINGGI

17-18 JANUARI 2014 - 7 orang pelajar sekolah kita telah mengikuti latihan pusat lompat tali di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Kota Tinggi, Desaru (KRMSUA) selama dua hari 1 malam. Latihan ini juga disertai oleh beberapa kumpulan dari sekolah sekitar Johor. 

Dalam latihan yang telah dijalankan, pelompat-pelompat telah diajar beberapa cara/gaya baru dalam lompat tali supaya mereka dapat mencapai tahap kemahiran yang maksimum untuk kejayaan pada masa akan datang khususnya dalam pertandingan yang memerlukan stamina dan kelancaran dalam setiap gaya lompatan yang ditunjukkan. 
Latihan


There's a willthere's a way!



PENGAKAP LAUT SMKDPB MENYERTAI KAYUHAN AMAL PENGHUJUNG BENUA ASIA 2014

18 Jan 2014 – Kayuhan Amal Penghujung Benua diadakan pada hari ini bertempat di Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Aktiviti ini anjuran akhbar Sinar Harian dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, ADUN Kukup dan Kelab PN Bikers.
                Seramai 8 orang ahli unit beruniform Pengakap Laut Kumpulan 14, SMKDPB telah menyertai aktiviti kayuhan amal ini. Turut serta 5 orang guru pengiring. Aktiviti ini merupakan kayuhan sejauh 50 km. Sepanjang kayuhan peserta berhenti di beberapa buah rumah penduduk miskin di 5 lokasi untuk menyampaikan bantuan. Adun Kukup YB Tn Hj Suhaimi turut berkayuh dari awal permulaan  hingga penamat. Turut hadir beberapa artis undangan seperti Dafi, Marsha Milan Londoh, Sherry Ibrahim dan artis Indonesia Gusti Arya.
                Seramai 8 orang peserta Pengakap Laut  yang menyertainya dan 4 orang daripadanya mendapat cabutan nombor bertuah. Alhamdulillah, syukran. terima kasih buat guru pengiring En Razlan, Tn Hj Shukor, En Selamat dan En Nizam.














SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH

14 JANUARI 2014 - Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H yang bertemakan Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah telah diadakan di Masjid Jamek Bandar Pontian yang disertai oleh beberapa sekolah dan juga pihak jabatan-jabatan di dalam Daerah Pontian. Ramai umat islam berkumpul dalam perkarangan masjid bagi bersama-sama meraikan sambutan ini demi mengenangkan perjuangan Rasulullah SAW dalam mempertegakkan ajaran Islam.

Alhamdulillah, dalam perarakan ini, SMK Dato' Penggawa Barat telah meraih kejayaan sebagai pemenang Tempat Pertama dalam 2 kategori iaitu Perbarisan Terbaik dan juga Penyertaan Perbarisan Teramai yang melibatkan semua pelajar-pelajar asrama sekolah serta beberapa orang guru yang turut serta dalam perbarisan ini. Tahniah diucapkan !


Akhir kata, kepada umat Islam, marilah kita bersama-sama terus mengikuti jejak perjuangan Rasulullah SAW dalam erti kata yang sebenar. Semoga ingatan kita kepada Rasulullah adalah pada setiap masa. Sanjungi kehebatan Nabi Muhammad SAW dan terapkan segala kekuatannya di dalam diri kita semua dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang disegani dan umat Islamnya sentiasa dipandang tinggi. 


MAJLIS GRADUASI PELAJAR PMR 2013

16 Januari 2014 - Majlis Graduasi PMR 2013 telah diadakan pada pagi ini sebagai tanda penghargaan kepada barisan pelajar PMR 2013. Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Nasir Safar, Yang Dipertua PIBG SMK Dato' Penggawa Barat. Seramai 91 orang pelajar 'perfect score' dan 54 orang pelajar 'near miss' diraikan dalam majlis ini.


Pelancaran Program Budaya Membaca (NILAM) 2014


12 Jan 2014 :  Membaca merupakan satu amalan mulia yang dapat membentuk insan berilmu pengetahuan. Hanya dengan ilmu pengetahuan tinggi, manusia dapat mencipta kejayaan gemilang seterusnya membentuk satu tamadun terbilang. Pada hari ini, Program Budaya Membaca Peringkat Sekolah telah dilancarkan oleh Pengetua Tuan Haji Hashim bin Mohd Dom. Program Budaya Membaca diadakan bertujuan untuk mendidik tabiat suka membaca dikalangan para pelajar khususnya warga pelajar SMK Dato' Penggawa Barat. 'NILAM' atau Nadi Ilmu Amalan Membacamerupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberipengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaanyang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatifsehinggalah mereka tamat persekolahan.


NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah denganmemberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalahyang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah

SALAM MAULIDUR RASUL


PROGRAM PERMURNIAN KECERGASAN DAN ANJAKAN MINDA (LOMPAT TALI UNTUK JANTUNG)

11 Januari 2014 - Program ini melibatkan 6 orang pelajar putera  SMKDPB dan 2 kumpulan pelajar dari SMK Tasek Utara dalam demonstrasi Tompat Tali yang telah diadakan di Dewan Muafakat Pejabat Komuniti 1Malaysia, Pejabat Mantan Adun Senggarang. Kumpulan dari sekolah kita telah dibimbing oleh Pn.Zanariah dan dibantu oleh Pn. Azie.

Dalam demonstrasi yang telah ditunjukkan, pelajar-pelajar dapat berkongsi ilmu pengetahuan lompat tali disamping menaikkan semangat untuk terus memperbaiki kelemahan diri dalam kemahiran ini. Diharapkan pelajar-pelajar dapat mencapai kejayaan dalam pertandingan akan datang.

 DEMONSTRASI LOMPAT TALI (PELAJAR SMKDPB)

HARI SUKANEKA ASRAMA SMKDPB

11 Januari 2014 - Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan banyak membantu para pelajar asrama untuk meningkatkan keyakinan diri serta mengeratkan ukhuwah silaturrahim antara pelajar-pelajar junior dan senior.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dikendalikan oleh para AJK aspura & aspuri ialah 'Lompat Tali', 'Sungai Asid', 'Tuju Kasut', 'Kerusi Beracun', 'Cari Gula-Gula dalam Tepung', 'Rentas Halangan' dan banyak lagi. Dengan wujudnya aktiviti seperti ini, para pelajar asrama dapat meluangkan masa yang ada untuk beriadah pada hujung minggu dengan aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat pada mereka.

ASPURI

ASPURA

MAJLIS IKRAR AKU JANJI PELAJAR ASRAMA SMKDPB

10 Januari 2014 - Majlis ini melibatkan para pelajar aspura dan aspuri asrama SMKDPB. Taklimat disiplin dan peraturan asrama dikendalikan oleh Pn. Siti Hasnah bt. Bahari dengan pemantauan pelajar-pelajar oleh warden asrama.

Taklimat serba sedikit menekankan tentang perkara-perkara yang dilarang ketika berada di asrama dan juga barang-barang yang tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam asrama seperti barang elektronik, MP3, handphone, kettle dan banyak lagi.
* Barang rampasan tidak akan dipulangkan!

Majlis diakhiri dengan ikrar pelajar-pelajar asrama demi menjaga peribadi diri dan nama baik asrama untuk kecemerlangan bersama.


Majlis Aku Janji & Penerangan Skim Simpanan Pelajar 2014

11 Jan 2014 – Majlis Aku Janji & Penerangan Skim Simpanan Pelajar 2014 telah diadakan pada pagi ini. Majlis anjuran Unit HEM & Kaunseling ini turut menjemput pihak Bank Simpanan Nasional untuk memberi penerangan tentang Skim Simpanan Pelajar.
                Penutupan rasmi majlis ini disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang, Tn Hj Hashim bin Mohd. Dom. Dalam amanatnya beliau mengharapkan agar para pelajar memanfaatkan biasiswa yang diperoleh untuk mencipta kecemerlangan.







  




KBAT Dalam Matematik

11 Jan 2014 – Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi subjek Matematik telah diadakan pada pagi ini di Bilik Al-Khawarizmi. Penceramah jemputan ialah Tn Hj. Dr. Juhari Surif daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Semua guru yang mengajar subjek Matematik turut serta untuk menambahkan ilmu. Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada guru-guru teknik penyoalan aras tinggi dan mengajak guru-guru membentuk pelajar berfikir di luar kotak bagi subjek Matematik. Semoga guru-guru mendapat manfaatnya dan dapat disebarkan kepada anak-anak didik Sekolah Berprestasi Tinggi.










JADUAL KELAS PAKAD TINGKATAN 5 ( 2014 )

JADUAL PAKAD FASA 1 (2014)
(12 JANUARI 2014 – 06 APRIL 2014)

KELAS BERMULA JAM 2.00 PTG.


KELAS

HARI
5AK
5AS
5CA
5CE
5DA
5KA
5KE
AHAD
KM
(MYA)
KM
(AKI)
BIO
(KMN)
BIO
(SA)
KM
(AKI)
PA
(SZ)
MT
(DELY)
ISNIN
MT
(ABS)
MM
(NHAM)
MT
(DELY)
FZ
(JUE)
BIO
(YZ)
EA
(MN)
PA
(NAK)
SELASA
BG
(KMN)
FZ
(CYL)
KM
(AKI)
KM
(AKI)
MM
(NM)
MT
(ABS)
SN
(NN)
RABU
BA
(HMA)
MT
(DELL)
ICT
(LAR)
SEJ
(SAA)
FZ
(JUE)
MM
(AniB)
MM
(NM)
KHAMIS
FZ
(JUE)
BIO
(YZ)
FZ
(CYL)
MT
(DELY)
MT
(ABS)
SN
(NN)
EA
(SZ)



MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 1 (ASRAMA)

31 Disember 2013 - 4 Januari 2014:

Minggu Transformasi Haluan Asrama bagi pelajar Tingkatan 1 yang dibimbing oleh Puan Zahriah, Guru Kaunseling SMKDPB serta para ahli jawatankuasa asrama sesi 2013/2014 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. 

Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu ini untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar baharu tingkatan 1 mengenali rakan-rakan dan menyesuaikan diri mereka dengan suasana asrama SMKDPB. Contohnya, "ice-breaking" yang bertujuan merapatkan hubungan antara pelajar dengan pelajar. Pada akhir majlis sememangnya telah menampakkan impak positif terhadap mereka dari pelbagai aspek terutamanya dari aspek emosi mereka.




PENGUMUMAN : LATIHAN RUMAH SUKAN

RUMAH SUKAN
HARI/ TARIKH/ MASA
CATATAN
BENDAHARA
TEMENGGUNG
AHAD

12 JANUARI 2014

8.00 PG – 9.30 PG
(TINGKATAN 1 & 2)

2.00-3.30 PTG
(TINGKATAN 3,4,& 5)
           PELAJAR WAJIB MEMAKAI T-SHIRT RUMAH SUKAN MASING-MASING.

         PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1,2 DAN 3 PERLU MEMBAWA BORANG PAJSK – REKOD KEHADIRAN / PENYERTAAN AKTIVITI SUKAN/ PERMAINAN PADA SETIAP KALI PERJUMPAAN.

         PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5 PERLU MEMBAWA BUKU KEHADIRAN KOKURIKULUM PADA SETIAP KALI PERJUMPAAN
PANGLIMA
LAKSAMANA
ISNIN

13 JANUARI 2014

8.00 PG – 9.30 PG
(TINGKATAN 1 & 2)

4.00-5.30 PTG
(TINGKATAN 3,4,& 5)
CONTOH BORANG PAJSK











9hb Jan 2014: PANDUAN PENGISIAN MAKLUMAT APDM UNTUK SEMUA GURU TINGKATAN