SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH

14 JANUARI 2014 - Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 H yang bertemakan Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah telah diadakan di Masjid Jamek Bandar Pontian yang disertai oleh beberapa sekolah dan juga pihak jabatan-jabatan di dalam Daerah Pontian. Ramai umat islam berkumpul dalam perkarangan masjid bagi bersama-sama meraikan sambutan ini demi mengenangkan perjuangan Rasulullah SAW dalam mempertegakkan ajaran Islam.

Alhamdulillah, dalam perarakan ini, SMK Dato' Penggawa Barat telah meraih kejayaan sebagai pemenang Tempat Pertama dalam 2 kategori iaitu Perbarisan Terbaik dan juga Penyertaan Perbarisan Teramai yang melibatkan semua pelajar-pelajar asrama sekolah serta beberapa orang guru yang turut serta dalam perbarisan ini. Tahniah diucapkan !


Akhir kata, kepada umat Islam, marilah kita bersama-sama terus mengikuti jejak perjuangan Rasulullah SAW dalam erti kata yang sebenar. Semoga ingatan kita kepada Rasulullah adalah pada setiap masa. Sanjungi kehebatan Nabi Muhammad SAW dan terapkan segala kekuatannya di dalam diri kita semua dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang disegani dan umat Islamnya sentiasa dipandang tinggi.