PENGAKAP LAUT SMKDPB MENYERTAI KAYUHAN AMAL PENGHUJUNG BENUA ASIA 2014

18 Jan 2014 – Kayuhan Amal Penghujung Benua diadakan pada hari ini bertempat di Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Aktiviti ini anjuran akhbar Sinar Harian dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, ADUN Kukup dan Kelab PN Bikers.
                Seramai 8 orang ahli unit beruniform Pengakap Laut Kumpulan 14, SMKDPB telah menyertai aktiviti kayuhan amal ini. Turut serta 5 orang guru pengiring. Aktiviti ini merupakan kayuhan sejauh 50 km. Sepanjang kayuhan peserta berhenti di beberapa buah rumah penduduk miskin di 5 lokasi untuk menyampaikan bantuan. Adun Kukup YB Tn Hj Suhaimi turut berkayuh dari awal permulaan  hingga penamat. Turut hadir beberapa artis undangan seperti Dafi, Marsha Milan Londoh, Sherry Ibrahim dan artis Indonesia Gusti Arya.
                Seramai 8 orang peserta Pengakap Laut  yang menyertainya dan 4 orang daripadanya mendapat cabutan nombor bertuah. Alhamdulillah, syukran. terima kasih buat guru pengiring En Razlan, Tn Hj Shukor, En Selamat dan En Nizam.