MAULIDUR RASUL 1435H - PERINGKAT SEKOLAH

19 Jan 2014 – Majlis sambutan  Maulidur Rasul 1435H peringkat SMK Dato’ Penggawa Barat telah diadakan pada pagi ini. Majlis dimulakan dengan perarakan guru dan pelajar-pelajar mengelilingi kawasan sekolah sambil berselawat.  Bertemakan Wasatiah Tunggak Kesatuan Ummah, majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Nasir Safar, YDP PIBG serta barisan AJK PIBG.
Objektif sambutan ini dijalankan ialah menerapkan perasaan cinta akan Rasulullah SAW dan menilai pekerti mulia baginda dalam kehidupan seharian. Menanam semangat kerjasama dan ukhwah dalam kalangan warga sekolah melalui aktiviti yang dilaksanakan. Memupuk dan menerapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar melalui ceramah yang dianjurkan dan membudayakan sambutan hari-hari kebesaran Islam dalam kehidupan bermasyarakat.
                Penceramah undangan ialah Al-Fadhil Ustaz Rifqi bin Myddin, Guru Cemerlang Pendidikan Islam, SMK Taman Universiti, Johor Baru.Dalam majlis ini juga Tn Hj Sahadun bin Kimin bekas PK Kokurikulum SMKDPB dianugerah Tokoh Maulidur Rasul ( guru ), Muhammad Hakimudin Haziq ( pelajar lelaki ) dan Nurzahirah Zainal ( pelajar perempuan ).