KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH KALI KE 51, 2016

25 Feb 2016 : Kejohanan Sukan Sekolah kali ke 51 telah diadakan pada hari dan telah disempurnakan oleh En.Zaidi bin Ahmad Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pendidkan Daerah, Pontian. Majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh En.Zaidi bin Ahmad Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pendidkan Daerah, Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan sekolah pada tahun ini telah dimenangi oleh rumah Temenggung.










 

















TATACARA PENGAMBILAN KEPUTUSAN SPM 2016


PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2016

                Keputusan Peperiksaan SPM  akan dikeluarkan pada 16 Mac 2017 selepas  pukul 11.00 pagbertempat di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato Penggawa Barat.

Berikut adalah Peraturan Am kekemasan diri para calon semasa mengambil slip keputusan berkenaan:

1.     Pakaian Perempuan:
1.1   Pakaian  yang sopan.
1.2   Digalakkan berbaju kurung.

2.     Pakaian Lelaki:
2.1   Pakaian yang kemas.
2.2   Digalakkan berbaju kemeja dan seluar ‘slack’

3.     Larangan (Tidak dibenarkan):
3.1       Memakai selipar.
3.2       Memakai seluar jeans.
3.3       Memakai baju/ t-shirt yang mempunyai lambang parti politik.
3.4       Memakai lain-lain pakaian yang mencolok mata.

4.     Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1      Kemas
4.2      Pendek (lelaki)
4.3      Tidak diwarnakan.

5.   Peringatan tambahan.
5.1              Para pelajar yang masih belum mengambil fail peribadi diminta berjumpa kaunselor di kaunter kaunseling untuk mendapatkannya.
5.2              Para pelajar yang masih belum memulangkan buku yang dipinjam di perpustakaan diminta berbuat demikian di kaunter perpustakaan.  


“Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda”
       
·         Bermula tahun ini, Pelajar digalakkan untuk mendaftar ahli ALUMNI dengan membawa wang RM 20 (setahun) dan RM 50 (seumur hidup) dan membuat pendaftaran di kaunter ALUMNI.

·         Pelajar yang belum menjelaskan sebarang bayaran yuran tahun 2016 diminta berbuat demikian pada hari pengambilan slip.



PERKHEMAHAN AHLI BOT 2016

25-27 FEBRUARI 2016 - Perkhemahan Lencana Ahli Bot Peringkat Negeri Johor telah diadakan di SMK Sri Perhentian, Pontian, Johor. Seramai 12 orang peserta Pengakap Laut SMKDPB menyertainya. Pelbagai aktiviti ilmu kepelautan telah diadakan bagi memberi pengalaman kepada para peserta.




Kejohanan Pra Sukan Sekolah kali ke 51, 2016

24 Februari 2016 : Kejohanan Pra Sukan Sekolah kali ke 51 telah bermula pada 22hb hingga 23hb Februari 2016 bertempat di Padang Kejora, SMK Dato' Penggawa Barat. Di antara acara yang dipertandingkan ialah acara lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, tarik tali dan acara balapan. Matlamat sukan sekolah ini diadakan adalah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik SMK Dato' Penggawa Barat yang komited dan beriltizam yang tinggi.. Melalui pengawasan yang lebih tersusun, cekap dan profesional peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan. Dengan menggunakan slogan 'SDPB Menjuarai' SMK Dato Penggawa Barat sentiasa bermaju kehadapan dalam setiap acara sukan yang dipertandingkan


Acara Lempar Cakera



Acara Larian 1500 m


Acara Tarik Tali



Acara Lompat jauh





HARI PENGASAS PENGAKAP DUNIA 2016

22 FEB 2016 -Sambutan Hari Pengasas Pengakap Dunia Daerah Pontian telah diadakan di SK Rambah hari ini. SMKDPB telah menghantar 8 orang peserta untuk memeriahkan sambutan. Majlis perasmian disempurnakan oleh En Mohammad Hood bin Mohd Noh, Pegawai PPD Pontian, Johor. SMKDPB telah merangkul beberapa kejuaran dalam pertandingan yang dipertandingkan.

i.    JOHAN MEWARNA PENGAKAP REMAJA
ii.   JOHAN BUKU SKRAP PENGAKAP REMAJA
iii.  JOHAN BUKU SKRAP PENGAKAP MUDA
iv.  JOHAN KRAFTANGAN PENGAKAP REMAJA.

Tahniah dan syabas kepada para pemenang.


FESTIVAL LAYANG-LAYANG ANTARABANGSA 2016


PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH/ROKOK TAHUN 2016

21 Februari 2016: Pelanncaran Minggu Anti Dadah/Rokok  2016" Jauhi Dadah" telah disempurnnakann oleh Tuan Pengetua SMK Dato' Penggawa Baat . Ceramah khas telah disampaikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Pontian, antara lain mengingatkan pelajar tentang bahayanya penyalahgunaan dadah dan kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Semua pelajar didapati mencatat maklumat-maklumat yang disampaikan oleh penceramah di dalam buku dairi pelajar.



Perutusan Khas Pengarah Pelajaran



Ucapan Khas Pegawai AADK Pontian


 
Ucapan Pelancaran oleh Tuan Pengetua



Persembahan Pelajar

MAJLIS PERPISAHAN EN MOHAMAD YUSOF BIN AHMAD DAN UMMU ATIKAH BINTI MISKAM

18 Feb 2016 : Majlis Perpisahan En. Muhammad Yusof Ahmad dan Ummu Atikah Miskam terlah diadakan.  En. Muhammad Yusof Ahmad telah bertukar ke SMK Yunus Sulaiman, Pekan Nenas disebabkan keperluan beliau sebagai Jurulatih Perintis Pasukan JDT dimana SMK Yunus Sulaiman, Pekan Nenas telah dipilih sebagai sekolah projek Pasukan Bola Sepak JDT. Kemahiran dan pengalaman beliau sebagai jurulatih profesional diperlukan bagi membimbing sebuah pasukan bola sepak elit JDTyang berpengkalan di SMK Yunus Sulaiman, Pekan Nenas. Manakala Pn. Ummu Atikah Miskam pula telah bertukar ke SMK Teluk Kerang bagi mengisi keperluan kekurangan tenaga pengajar dalam pengajian Pendidikan Islam di SMK Teluk Kerang.









 



PENGUMUMAN

13 FEBRUARI 2016 

1. LATIHAN SUKAN RUMAH BENDAHARA DAN TEMENGGUNG YANG DIJADUALKAN PADA 14 FEBRUARI 2016 ( AHAD) DIBATALKAN.

2. SUKANTARA AKAN BERLANGSUNG PADA HARI ISNIN (15 FEB 2016 ) MELIBATKAN RUMAH BENDAHARA DAN TEMENGGUNG SEMENTARA PADA HARI SELASA (16 FEB 2016) MELIBATKAN RUMAH PANGLIMA DAN LAKSAMANA.

3. PADA HARI ISNIN (15/2 ) DAN SELASA (16/2)  WAKTU PEMBELAJARAN AKAN TAMAT PADA PUKUL 1.05 PETANG KERANA MEMBERI LALUAN PELAJAR-PELAJAR TERLIBAT UNTUK MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT ZOHOR. PELAJAR-PELAJAR PERLU BERADA DI PADANG KEJORA TEPAT PUKUL 2.30 PTG. SEMUA PELAJAR YANG TIDAK HADIR SUKANTARA AKAN DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN.

4. PADA 14 FEBRUARI 2016 (AHAD) MERUPAKAN PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP. OLEH ITU, SEMUA AHLI PENGAKAP MESTILAH MEMAKAI PAKAIAN UNIFORM YANG LENGKAP.

TERIMA KASIH.

Peace Pals International 2016 Art Contest


Peace Pals International
2016 Art Contest Open Now


Children from around the world are invited to submit their artwork to the 19th Annual Peace Pals International Art Exhibition and Awards.

Theme for 2016
Oneness with Diversity

Rules in English, Deutsch, French and Spanish.

MORE...