PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

Kejohanan Pra Sukan Sekolah kali ke 51, 2016

24 Februari 2016 : Kejohanan Pra Sukan Sekolah kali ke 51 telah bermula pada 22hb hingga 23hb Februari 2016 bertempat di Padang Kejora, SMK Dato' Penggawa Barat. Di antara acara yang dipertandingkan ialah acara lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, tarik tali dan acara balapan. Matlamat sukan sekolah ini diadakan adalah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik SMK Dato' Penggawa Barat yang komited dan beriltizam yang tinggi.. Melalui pengawasan yang lebih tersusun, cekap dan profesional peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan. Dengan menggunakan slogan 'SDPB Menjuarai' SMK Dato Penggawa Barat sentiasa bermaju kehadapan dalam setiap acara sukan yang dipertandingkan


Acara Lempar Cakera



Acara Larian 1500 m


Acara Tarik Tali



Acara Lompat jauh