PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

SOLAT HAJAT KHUSUS SPM DAN STPM 2013

5 November – Solat Hajat Khusus untuk calon SPM dan STPM telah diadakan pada pagi di di Surau Nur Hidayah, SMKDPB. Majlis ini dimulakan pada pukul 10.00 pagi dengan tazkirah oleh Ustaz Wan Yusli seterusnya diikuti dengan solat sunat Dhuha, sunat Taubat dan sunat Hajat yang diimami Ustaz Haris bin Mustafa dan diakhiri dengan bacaan Yassin yang dipimpin Ustaz Tn Hj Abd Shukor bin Talib. Majlis ini turut dihadiri Pengetua Cemerlang SMKDPB, Tn Hj Hashim bin Mohd Dom. Dalam ucapannya Tn Hj Hashim mengucapkan terima kasih atas kedatangan para ibu bapa yang memenuhi ruang solat surau. Menurut beliau majlis sebegini adalah usaha berterusan pihak sekolah selama lebih 6 tahun untuk menanamkan keyakinan spritual pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Seterusnya majlis ini juga menzahirkan sokongan para ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan anak-anak. Semoga usaha-usaha yang dijalankan selama ini mendapat keredaan Allah S.W.T. Insyaallah.