Pengiktirafan 5 bintang Indeks Kualiti PSS 2011 & Majlis Penghargaan dan Jamuan Akhir Tahun Pustakwan 2011

Syabas dan Tahniah, kepada Pusat Sumber Sekolah SMK Dato'Penggawa Barat di atas pengiktirafan 5 bintang bagi Indeks Kualiti Pusat Sumber Sekolah (IQ-PSS) pada tahun 2011 yang telah dinilai pada 25 Mei 2011 oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Kini PSS SMKDPB telah berada pada kedudukan No.1 bagi pencapaian Indeks Kualiti PSS, kategori sekolah menengah daerah Pontian. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan hingga ke tahun-tahun berikutnya.









Pada majlis Jamuan Akhir Tahun Pusat Sumber yang telah diadakan pada 30 September di Dewan Makan Asrama, GPK 1 telah sudi menyampaikan sijil penghargaan kepada para pustakawan SMKDPB yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang.

Terima kasih kepada semua Guru-guru Pusat Sumber dan Semua pentadbir dalam memastikan kegemilangan Pusat Sumber SMKDPB.