Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan �Treasure Hunt� atau �Explore Race�. Pertandingan ini berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan. Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.
Objektif Program Jejak Maklumat adalah seperti berikut :
- Memberi pendedahan dan kemahiran murid-murid dalam pencarian maklumat dengan menggunakan koleksi yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah khususnya dan sumber ilmu lain amnya.
- Mendekatkan murid-murid dengan perpustakaan serta menjadikan kunjungan ke perpustakaan sebagai satu rutin sebagai asas amalan pembelajaran sepanjang hayat.
- Menyedarkan murid-murid tentang kepentingan perpustakaan dalam proses pembelajaran
- Meransang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu.