Tahniah : Tempat Ke-3 Permainan Dalaman SAHIBBA, Peringkat Kebangsaan















15 Jun 2012 : Tahniah diucapkan kepada adik Nurul Najiha bt. Bakar tingkatan 1 Dahlia, kerana telah mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat ke-3 dalam Permainan Dalaman (Indoor Games) SAHIBBA, peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 13 Jun 2012 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Adik Nurul Najiha telah menerima hadiah berupa wang tunai sejumlah RM400, Set Permainan Congkak dari Syarikat Permainan Malaysia, pingat dan sijil penghargaan dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Fuad Zarkasyi , Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Semoga adik Nurul Najiha akan mewakili negeri Johor lagi dan mendapat Johan pada tahun hadapan. Tahniah dan syabas.