Majlis Sambutan Maulidur Rasul, 3 Rabiul Akhir 1433

25 Februari 2012 : Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan di Dewan Sri Gemilang, SMKDPB. Pelbagai aktiviti manarik telah diadakan antaranya ialah Majlis Penyembelihan Aqiqah oleh guru-guru SMK Dato' Penggawa Barat, Majlis Rewang mulai 8.30 pagi 24 Feb 2012 yang disertai oleh guru-guru sesi petang, diikuti dengan Majlis Rewang 2.30 untuk guru-guru sesi pagi, Majlis perarakan, Ucapan Pengetua, Ceramah Khas oleh Ustaz Shamsul Rizay bin Saari, Pagawai Hal Ehwal Agama Dan Kaunseling, Ibu Pejabat Polis Daerah, Pontian, Kuiz, Anugerah Pelajar Mithali, Anugerah Tokoh Guru, Penyampaian Cenderemata, Persembahan Nasyid, Pentomen dan Doa Keselamatan dan Kejayaan Pelajar Majlis diakhir dengan Jamuan makan tengah hari..

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulid itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Tahniah, kepada semua guru dan pelajar yang telah memberi komitmen yang cemerlang dalam melaksanakan program ini.

Untuk melihat gambar-gambar sekitar sambutan Maulidur Rasul seterusnya sila klik di sini