Kejohanan Hoki Liga Sukan Untuk Semua Pontian 2014

21 September 2014 – Kejohanan Hoki Liga Sukan Untuk Semua Pontian telah berlangsung di Padang Hoki Taman Megah pada hari ini. Pasukan Hoki SMKDPB Hawkeyers telah menyertainya. Sejumlah 10 pasukan dari sekitar daerah Pontian telah menyertainya. Pasukan Hoki SMKDPB Hawkeyers telah berjaya muncul Naib Johan dan sekaligus membawa pulang wang tunai RM700 selain pingat dan sijil pemenang.Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak pemain, ibu bapa, pihak pentadbir dan sebagainya yang telah memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan aktiviti Takwim Hoki SBT ini. Selamat maju jaya diucapkan untuk usaha berterusan pada masa akan datang.

Hoki Untuk Hati,
Sukan Untuk Sahsiah,
SDPB Menjuarai!