PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SBT KEBANGSAAN 2014

11-15 September 2014 – Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Berprestasi Tinggi 2014 telah diadakan di Kem Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Terengganu. SMKDPB menghantar 12 orang pelajar dan diiringi oleh Cg Ramli bin Sulaiman, Cg Zaid bin Man dan Cg Marlia. Perkhemahan ini berjaya menghimpunkan SBT dari seluruh negara. Pelbagai aktiviti diadakan bagi menguji dan menilai para pelajar dalam aktiviti beruniform.