PROGRAM FIKRAH BAHASA SPM 2014

25-26 September 2014 – Program Fikrah Bahasa Melayu SPM Daerah Pontian telah diadakan di SMK Dato’ Mohd Yunus Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian, Johor. Program ini disertai oleh 160 orang pelajar dari 16 buah sekolah menengah di Daerah Pontian. SMKDPB telah menghantar 10 orang peserta. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM. Penceramah jemputan ialah Tn Hj Md Noor bin Abdullah dari Segamat dan dibantu oleh 25 orang fasilitator yang merupakan guru-guru di Daerah Pontian. Semoga para pelajar yang mengikuti program ini mendapat manfaatnya dan menyebarluaskan maklumat dan tips kepada rakan-rakan di sekolah.