PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

FELLOWSHIP OF CHEMISTRY 2014

12 – 15 September 2014 – Satu program jaringan antara sekolah-sekolah yang dinamakan “ Fellowship Of Chemistry ” telah diadakan di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Program yang bertujuan untuk melonjakkan GPS mata pelajaran Kimia telah disertai oleh SMK Dato’ Penggawa Barat (SMKDPB), SM Teknik, Johor Bahru (SMTJB), SM Sains Sultan Iskandar (SMSSI),  SBP Integrasi Rawang (SBPIR) dan SM Sains Seremban (SASER).  Pelajar telah diberi tunjuk ajar oleh guru-guru kimia yang berpengalaman dan seterusnya mengupas teknik-teknik menjawab soalan Kimia SPM.  Seramai 236 pelajar terlibat dalam program ini. Semoga para pelajar yang menyertai kem ini mendapat manfaat dan seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.