Majlis Penutupan Rasmi Minggu Orientasi Asrama Pelajar Tingkatan 1



7 Januari 2012: Majlis Penutupan Rasmi Minggu Orientasi Asrama Pelajar Tingkatan 1, 2012 telah dijalankan di dewan Makan Asrama.

Sepanjang minggu orientasi tersebut seramai 44 orang pelajar baru ini telah didedahkan dengan maklumat-maklumat penting. Selain itu daripada itu diharapkan agar ianya dapat membentuk pelajar kepada budaya cintakan asrama serta membentuk penghuni yang gemilang dari segi akademik, intelek, sahsiah, agama dan adab sopan selaras dengan visi dan misi Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Antara objektif program orientasi ini:
  1. Menanamkan semangat cintakan asrama SMKDPB
  2. Mengenali budaya asrama dengan lebih dekat
  3. Mengukuhkan ikatan silaturrahim antara warga asrama khususnya dikalangan pelajar baru
  4. Melahirkan pelajar berakhlak mulia, berilmu, berdaya saing dan berjiwa kental menghadapi cabaran
  5. Menyesuaikan diri dengan iklim / suasana di asrama
Dalam majlis tersebut, En. Mohd Shaphri selaku GPK Pentadbiran telah sudi menutup rasmi dengan turut dihadiri oleh GPK Petang En Ariffin, Penyelaras program Pn. Zahriah, warden-warden asrama Ust Haris, En. Razlan, En. Rashid, Pn. Siti Norila, Cik Anizah, Cik Norasyikin dan penyelia asrama En. Edy Ezham.

Dalam ucapan perasmian tersebut En. Shapri telah menekankan tentang faedah-faedah yang diperolehi kepada semua penghuni asrama berbanding pelajar harian. Diharapkan semua penghuninya dapat merebut peluang ini untuk memajukan diri kearah yang lebih cemerlang.