KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2017

2hb April 2017 : Majlis pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan di DSG SMK Dato' Penggawa Barat.

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.


Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
 Program KM1M 2017 akan diadakan selama 3 hari iaitu 2 hingga 4 April 2017 dengan Tema “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia“. 

Majlis pelancaran KM1M Peringkat Kebangsaan  akan diadakan pada 4 April 2017 di Auditorium BTP, Kementerian Pendidikan Malaysia.