JAMBORI LENCANA JAYA PENGAKAP MUDA 2017


6-8 APRIL 2017 – Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda peringkat negeri Johor telah diadakan di Tunjuk Laut Beach Resort, Tanjung Leman, Mersing. Seramai 18 orang ahli pengakap SMKDPB telah menyertainya. Alhamdulillah dalam aktiviti yang dijalankan seramai 8 orang peserta mendapat Sijil Pencapaian Emas dan 10 orang mendapat Sijil Pencapaian Perak, manakala 11 orang ahli pengakap turut dianugerahkan Rambu Hijau dan  Sijil Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Bagi pertandingan pintu gerbang pula Kontinjen Pontian mendapat tempat kedua ( Naib Johan ). Tahniah diucapkan!