Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ : ONE NATION READING TOGETHER 2013

28 Oktober - Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ : ONE NATION READING TOGETHER merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di dalam entri Malaysian Book Of Record (MBOR) 2010.
Pada pagi ini Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ : ONE NATION READING TOGETHER di peringkat SMK Dato’ Penggawa Barat telah dilancarkan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang. Program yang berdurasi selama 33 minit 55 saat telah melibatkan seluruh warga SMKDPB. Tahniah kepada warga SMKDPB yang menjayakan program ini.

video