DOA DIPANJAT KE HADRAT ILAHI TANDA KESYUKURAN

8 Oktober-  Hari ini merupakan hari terakhir PMR bagi pelajar-pelajar yang mengambil 8 mata pelajaran.  Justeru pihak sekolah mengambil inisiatif mengumpul pelajar-pelajar selepas tamat peperiksaan terakhir iaitu KHB. Pengetua Cemerlang, Tn Hj Hashim bin Mohd Dom dalam ucapan ringkasnya mengucapkan tahniah kepada para pelajar kerana selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah. Beliau yakin dan percaya akan kebolehan pelajar menjawab setiap soalan yang diberi dan mendoakan agar semua calon PMR mendapat Perfect Score. Seterusnya Ustaz Haris bin Mustafa membacakan Doa Kesyukuran sebagai tanda syukur kepada Ilahi atas nikmat-Nya sehingga calon-calon PMR dapat menghadapinya tanpa sebarang masalah. Kepada calon-calon Bahasa Arab diharapkan agar terus berjuang demi memastikan Perfect Score milik kita. Insyaallah.